Friday, July 29, 2011

"Ramadhan Bersama Rasulullah"

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan Mulia, Ramadhan Al-Kareem tidak sampai dua hari..... Kita semakin hampir terhadap Ramadhan.... Semua umat islam menanti-nantikannya kerana mahu merasakan nikmat berpuasa dan berbuka dalam bulan yang mulia.... Tetapi persoalannya, adakah sekadar menahan lapar dan dahaga sudah cukup bagi kita? Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu melalui melalui pembacaab daripada buku Ramadhan Bersama Rasulullah karangan  Syaikh Muhammad Shalil Al-Utsaimin....Semoga dapat manfaatnya dan ingatan untuk diri sendiri juga.

Diantara kepentingan berpuasa adalah menjadi sebab diampuninya dosa-dosa dan dihapuskannya kesalahan..... Ini adalah matlamat muslimin dan muslimat semua untuk menghadap Allah dalam keadaan suci dan diredhai....

Rasullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan besar akan pahala, maka sungguh dia telah diampuni dosa-dosanya yang telah lampau........

Saya mengharapkan kita semua adalah insan yang tergolong dalam golongan orang yang berpuasa hanya utk mendapat keredhaan Allah dengan penuh keimanan. Insyallah......

Sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada hamba-Nya berbagai bentuk ibadah.... Namun, yang pasti ganjaran berlipat kali ganda dalam bulan Ramadhan ..... Semoga kita merebutnya dan menjadi orang yang beruntung.

Antara Amalan-amalan Nabi Muhammad di Bulan Ramadhan ialah:

1)Qiyammulail di Bulan Ramadhan
Hadith yang diriwayatkan oleh Aisya dalam Shahih Muslim , dimana ia berkata."Aku tidak pernah mengetahui bahawa Nabi pernah melakukuan shalat semalam suntuk hingga datangnya waktu pagi". Masyallah....

Rasulullah bersabda:
'Barangsiapa melakukan Qiyam(salat malam) di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, maka sungguh dia telah diampuni dosa-dosanya yang telah lamapau..(HR. Bukhari & Muslim)


2)Membaca Al-Qur'an
-Dalam bulan Ramadhan, Malaikat Jibrail mendatangi Nabi utk mendengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan untuk mendengar bacaanya dari Rasullah.Kemudian, pada tahun dimana beliau wafat, Jibrail datang kepada beliau dua kali dalam setahun utk keperluan yang sama untuk memantapkannya.


Rasullah bersabda:
"Bacalah Al-Quran , kerana sesungguhnya di hari kiamat ia akan datang untuk menolong (memberi syafaat) memberikan pertolongan kepada mereka yang gemar membacanaya. (HR. Muslim).


3) Adab Yang Sunnah dalam Puasa:


a)Bersahur
Rasullah bersabda:
"Laksanakanlah  makan sahur kerana didalam sahur itu terdapat berkah"(HR. Bukhari & Muslim).


b) Bersahur dengan kurma
Rasullah bersabda:
"Sebaik- baik sahur orang mukmin adalah dengan kurma".


c) Mempercepat waktu berbuka puasa
Rasullah bersabda:
'Manusia selalu akan berada dalam kebaikan  selama mereka menyegerakan berbuka puasa". ( HR Bukhari & Muslim).


d) Disunnahkan untuk berbuka dengan ruthab(kurma setengah masak).Ini didasarkan ucapan Anas r.a.
"Dahulu, Rasullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa ruthab sahaja sebelum melaksanakan solay. Namun , jika tidak ada ruthab, maka dengan kurma. Dan jika tidak ada kurma, maka beliau meminum beberapa teguk air". (HR. Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmidzi).

4) Bersedekah
Ibnu Abbas berkata ."Rasullah s.a.w adalah orang yang paling dermawan lagi jika beliau sudah masuk bulan Ramadhan yaitu ketika Malaikat Jibarail menemui dan mengajarkan Al-Quran kepada beliau.(HR. Bukhari & Muslim).


5)Berzikir dan Berdoa.
Rasullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga golongan manusia yang tidak akan ditolak doa mereka,(1) orang berpuasa sampai berbuka,(2) pemimpin yang adil, (3),doa orang yang teraniaya.Allah akan mengangkat doa mereka tinggi keatas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudia Dia berfirman,"Demi kemuliaan dan keagungan-ku, sungguh Aku akan menolongmu, walaupun setelah waktu yang lama".

Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terbaik untuk kita semua dengan pertambahan amal ibadah kita dan disertai dengan niat yang ikhlas. Insyallah.
 

Thursday, July 21, 2011

'Nilai Sebuah Telefon Bimbit @ Handphone"

Pada hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin di Hotel di Putrajaya ,Kuala Lumpur oleh sahabat lama mak saya.
Jadi, kami bertolak dari rumah kami ke Kuala Lumpur pada jam 3 petang kerana kenduri  bermula jam 8. 30 malam. Seperti biasa, sayalah berkhidmat sebagai pemandu keluarga secara tidak langsung......Seronok bertugas sebagai pemandu ini....hehe!

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah berhenti di Restoran Jejantas Sungai Buloh untuk solat asar. Kemudian, kami juga sempat menjamu selera  iaitu makan sate kajang.... Nak dijadikan cerita, semasa solat asar, saya meletakkan hp saya dihadapan tikar sejadah bersama-sama dengan beg telekung. Kebiasaannya saya akan meletakkan hp saya samada dalam beg mahupun tinggal sahaja dalam kereta...... Tetapi, disebabkan kelalaian saya, saya tertinggal hp saya di surau Restoran Jejantas Sungai Buloh.

Saya hanya menyedari kehilangan hp saya ketika saya sudah sampai dirumah saudara di Putrajaya... Setelah puas mencari dalam kereta, akhirnya saya menyedapkan diri saya , "xpelah, saya sedekah sahajalah hp tue kepada orang lain' walaupun dalam hati x sepenuhnya redha akan kehilangan hp saya..... Walaupun berkali-kali, saya cuba miskol hp saya, hanya voice mail yg kedengaran......Saya tidak mahu menyalahkan siapa-siapa, kerana disebabkan kelalaian diri saya juga hp saya hilang, x berhati-hati..... Tapi, apa nak kata, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Saya berlagak seperti biasa dan alhamdulillah, saya x memikirkan sangat tentang kehilangan hp tersebut kerana tidak mahu mengganggu mood di majlis perkahwinan.

Melalui peristiwa tersebut, apa yang saya nak katakan bahawa ialah Allah Maha Kuasa, kalau Dia kata akan jadi , maka jadilah. Kun fa ya kun. Dia maha menentukan segala-galanya. Hp boleh dikirakan sebagai harta kita, walaupun dikatakan bahawa harta kita, tetapi Allah boleh menghilangkannya dengan sekelip mata dengan kekuasaan Allah. Ini juga ujian dan cabaran terhadap saya kerana ini pertama kali kes kehilangan sesuatu yang berharga.... Namun, kuasa Allah menentukan segala-galanya. Ujian Allah datang dengan pelbagai cara, kehilangan hp juga satu ujian. Telah jelas dalam Al-Quran, bahawa orang beriman itu akan diuji utk melihat kesabaran kita apabila ditimpa musibah.


Telah dinukilkan secara jelas, bahawa ujian itu boleh didatangkan dengan pelbagai cara didalam Surah Al-Baqarah:

[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.



"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4) 

Bagaimana kita bereaksi apabila diuji? Adakah kita akan menyalahkan orang lain atau menyalahkan diri sendiri @  melihat hikmah disebaliknya?

 Pertama-tamanya ,Alhamdulilah saya masih mampu bersabar  dan tidak menyalahkan siapa-siapa pada ketika itu walaupun dalam hati hanya ALLAH yang tahu betapa saya rasa sebuah kehilangan.Sabar itu perlu kerana bahawa menunjukkan kita redha terhadap apa yang berlaku.Kalau kita  nak marah, nak mengamuk pun , itu tandanya kita marah kepada siapa?

Betullah kata orang bahawa apabila berada dihadapan mata kita, kita tak menghargainya sangat tetapi apabila berhadapan dengan sebuah kehilangan baru kita mengenal erti nikmat mempunyai hp. Aplikasinya sama, apabila kita mempunyai rakan, sahabat mahupun apa-apa yang baik, hargailah sebelum mereka tiada dihadapan mata kita....... 


Yang kedua-duanya, melalui peristiwa ini menujukkan bahawa Allah itu Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Menentukan Segala-galanya samada sekecil-kecil zarah mahupun sebesar atom...... Kita kena yakin dan percaya bahawa DIA yang Memberi dan DIA juga boleh mengambil sesuatu daripada kita kerana semuanya adalah pinjamana sahaja didunia ini.....


Yang ketiga-tiganya ,saya dapat merasakan bahawa satu petanda bahawa ALLAH mahu memberi pengajaran kepada saya supaya beringat-ingat diwaktu yang lain supaya lebih berhati-hati dan cermat...... Bagimana jika bukan hp yang hilang tetapi sesuatu yang lebih berharga dan bernilai...... Dengan peristiwa ini, bukan sahaja saya dapat mengambil pengajaran malah seluruh ahli keluarga saya lebih berhati-hati......


Yang keempatnya, ialah saya menganggap musibah didunia ini akan dibayar diakhirat kelak....... insyallah.


Yang kelimanya, saya dapat relatekan dengan artikel-artikel mahupun bercorak islamik yang saya baca bahawa harta sebanyak mana kita kumpul boleh hilang sekelip mata dengan kekuasaan Allah. Jadi,sedeqah itu penting untuk mendapat keredhaan Allah(peringatan utk diri sendiri jika diberi rezeki yang lebih dan banyak)... Tetapi ILMU berlainan, ilmu x akan hilang jika kita amalkan dan berkongsi dengan orang lain..... Orang yang berilmu sudah pasti dapat memandu dirinya kedalam jalan yang lurus dan kearah kebenaran Tetapi Orang yang Kaya harta tanpa ilmu BELUM TENTU selamat didunia mahupun diakhirat kerana tiada pengetahuan yang mendalam utk menggunakan harta demi mendapat keredhaan Allah.


Perjalanan Seorang Hamba Tuhan.
Semoga Allah Redha


 

Wednesday, July 13, 2011

" Wasiat Imam Syafie'-Pejuang Kebenaran

Imam Syafie nama yang tidak asing lagi kepada kita , umat Nabi Muhammad terutamanya yang tinggal di Malaysia..... Kita memegang mazhab syafie.... Kita mengikut ijtihad yang dilakukan oleh Ulamak terulung Imam Syafie samada dari segi solat, puasa, dan sebagainya.... Tapi persoalannya kita kenal atau pun tidak dengan sosok tubuh yang mulia dan dekat dengan Allah ini......Jika ditanya kepada anak-anak muda, remaja , pasti mereka menjawab tahu .... Dia Imam Syafie, kita berpegang kepada mazhabnya. Persoalannya, cukupkah setakat itu sahaja???? Tahukah kita apa wasiat-wasiat beliau?? perjuangan beliau?? Bagaimana beliau gigih menuntut ilmu dan bagaimana beliau sentiasa menghormati ibunya dan pendapat ibu beliau yang ditanya dahulu jika mahu bermusafir....... Persoalannya , tentu berbeza jika ditanya kepada remaja , siapa Siti Nurhaliza? Justien Bieber?Brad Pitt?Lady Gaga? Kump. Hujan, Nabil dan ramai lagi artis popular....... Bukan sahaja, tempat tinggal malahan apa minuman, makanan kegemaran, hobi, samada dah kahwin ke belum. Dah bercerai ke belum, kahwin kali berapa semuanya tahu..... Itu realiti pada era kini kerana anak-anak muda dimomokkan dengan dunia hiburan yang melampau-lampau.......

Justeru, dikesempatan ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang imam syafie, ulama ulung melalui pembacaan daripada novel sejarah islam karangan Abdul Latip Talib tentang sosok tubuh mulia ini... Semoga dapat manfaatnya...

Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Shafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Imam Syafie masih kanak-kanak.

Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah. Ada yang mengatakana pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah Khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari Bani Abbassiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran , dan beliau menghafal Al-Quran sejak berusia 9 tahun. Pada umur 10 tahun beliau telah menghafal  dan memahami kitab al-Muwattak yang ditulis Imam Malik.Beliau juga mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid Al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat......

Ini adalah serba sedikit latar-belakang Imam Syafie..... Jika mahu diceritakan satu persatu kronologi hidup beliau , terlampau panjang tetapi tidak rugi membaca buku tentang Imam Syafie... Melalui pembacaan ini, kita dapat menghayati dan menelusuri bagaimana beliau sanggup menuntut ilmu berbatu-batu kilometer hanya dengan menaiki unta dan menempuh perjalanan berbulan-bulan untuk berjumpa dengan orang alim dan menuntut ilmu.. Kecekalan beliau dan semangat menuntut ilmu itu perli dicontohi oleh semua lapisan masyarakat.

 Pesanan Imam Syafie yang perlu dihayati dan diikuti ialah:

1) Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang dunia dan akhirat.

2) Perbanyak menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3)Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4) Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Musibah yg datang menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah.... Oleh itu bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian itu adalah setinggi-tinggi erti syukur.

5) Apabila salah-seorang sahabat @ kerabat kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah utk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.

6)Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7)Kasihanilah anak yatim kerana Rasullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayanginya dan mengasihani anak yatim diakhirat.

8) Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu-bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka.Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan dosa-dosa kamu.

9)Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

10) Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat , ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

Friday, July 8, 2011

"Erti Sebuah Pengalaman"......

Orang selalu cakap atau berpandangan bahawa semakin tua seseorang mahupun semakin bertambah umurnya, semakin banyak pengalaman yang ada dalam diri seseorang...... Bak kata pepatah orang tua makan garam lebih daripada orang muda..... Itu pandangan mereka dan ada benarnya Tetapi bagi saya pengalaman itu dapat diperolehi daripada kehidupan kita sehari-harian dan bagaimana kita melihat sesuatu perkara.......

Bila bercerita tentang pengalaman saya teringat bagaimana kehidupan saya difirma guaman ini mengajar saya erti seorang muslim yang sebenarnya...... Bagaimana dengan situasi yang berbeza difirma guaman daripada suasana yang normal di universiti....... Itu satu peralihan dan saya katakan bahawa ia adalah pengalaman yang berharga....... Bagaimana kehidupan seorang pelajar sangat berbeza dengan kehidupan seorang pekerja.....

Jikalau dahalu , saya seorang pelajar hanya bertanggungjawab utk menyelesaikan amanah sebagai seorang pelajar iaitu menghantar assaignment, presentation , kuiz dan sebagainya..... Semuanya yg dilakukan utk mendapat keputusan terbaik utk diri sendiri..... Namun, situasinya berbeza apabila kita bergelar pekerja........ Kita diamanahkan utk melaksanakan tugas utk kepentingan firma kita...... Walaupun hanya berpraktikal, tetapi ia juga amanah..... Setiap pekerjaan itu perlu ditunaikan dengan amanah...... 
Secara syari'e nya amanah boleh didefinisikan sebagai menunaikan apa yang dipercayakan..... .: “Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian untuk menunaikan amanah-amanah kepada pemiliknya; dan apabila kalian menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kalian menetapkan hukum dengan adil.” (An-Nisa: 58).Jadi, adalah tanggungjawab seorang pekerja untuk menunaikan amanah utk melaksanakan pekerjaan yang diarahkan oleh majikan kita. Semoga saya tergolong dalam kategori orang-orang yang sudah menunaikan amanah........

Walaupun, saya mengakui pada mulanya saya agak kekok jika ia berkaitan dengan kerja-kerja teknikal...... 
Tetapi disini saya belajar,dan merupakan sebuah pengalaman yang tak dapat dilupakan..... Tanpa pengalaman, kita tidak akan tahu bagaimana mahu menghadapi situasi yang sama pada masa hadapan.

Situasi berbeza juga jika bertemu dengan orang yang beremosi tinggi mahupun kurang beradab........ Nampak macam normal tetapi tanpa kita sedar atau tidak sedar, sudah pasti Allah ada perancangannya supaya kita berkenalan dengan orang sebegitu..... Kita perlu berfikir secara positif bahawa setiap sesuatu yang terjadi mahupun berlaku ada hikmahnya.......Hikmahnya ialah kita boleh belajar sesuatu terhadap semua perkara yang kita lihat...... Justeru itu, kita kena sentiasa berfikiran positif dan melihat sesuatu perkara dengan pandangan dan sisi yang baik..... Kita kene percaya bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita......


Mungkin kita merasakan bahawa sesuatu perkara itu baik untuk kita Tetapi Allah maha mengetahui bahawa apa yang terbaik untuk kita... Dia yang menciptakan kita.  Jadi DIA adalah sebaik-baik perancang. 


Jadikan setiap derap langkah, titik perjalanan kita dari satu tempat ke tempat lain itu sebagai pedoman untuk menjadi lebih berjaya dari hari sebelumnya.. Semoga setiap pengalaman yang kita lalui itu menjadi kita lebih kuat sebagai seorang muslim dan mendekatkan diri seorang hamba kepada PenciptaNya......


Perjalanan Seorang Hamba Tuhan..........

Tuesday, July 5, 2011

'Ukhwah Tercipta Moga Berkekalan".

Assalamualaikum warahmatuallah hiwabarakatuh diucapkan kepada semua sahabat yang disayangi…. Perkongsian kali ini saya tujukan khas kepada sahabat-sahabat perjuangan di SMKA Kerian batch 2001-2005 , adik-adik tingkatan 5 batch 2011 dan sahabat-sahabat sekalian.
Pertama-tamanya saya bersyukur kerana digerakkan hati oleh yang maha pencipta untuk menyertai program hala tuju lepasan SPM di SMKA Kerian pada tanggal 1-3 Julai yang meninggalkan seribu kenangan bermakna. Memang pada mulanya apabila Pengarah Projek, saudara qur mengwar-warkan di facebook SMKA, saya tanpa berfikir panjang terus accept secara tidak langsung untuk menjadi facilitator di sekolah tercinta. Tetapi sebelum beberapa hari kejadian, saya terpikir-pikir kemungkinan untuk tidak turut serta disebabkan oleh kekangan masa disebabkan  masih menjalani ujian praktikal di fima guaman dan agak sibuk sedikit…….. Tetapi setelah berbincang dengan kembar saya, sya yang juga alumni smka , kami bersepakat bahawa kami perlu betulkan niat , berprogram bukan untuk suka-suka tetapi untuk menyumbang bakti kepada adik-adik junior dan menyampaikan sebanyak ilmu yang mungkin dan untuk mengeratkan ukhwah sesama kami.
Perjalanan yang kami tempuh agak mencabar(kerana terpaksa drive dari KL-Ke taiping tanpa ada co-pilot walaupun ada yg ada lesen). Tetapi tidak mengapa kerana pergi bersama-sama rakan. Stesen pertama saya mengambil sahabat lama saya , Atiqah Zaaba di Lrt Taman melati utk pergi bersama-sama. Seronok rasanya bersama-sama dengan beliau kerana bertukar cerita. Jika tidak, hanya saya dan sya(kembar sahaja) yang pulang ke Tapah…… 

Kemudian, perjalanan diteruskan utk mengambil sahabat seterusnya, noor syuhada di Sungkai.. Dan kami meneruskan perjalanan sehingga ke Bidor. Di Bidor, bapak saya encik abdul razak bin Mohmad sudah lama mahu menunggu untuk check kereta dan tambah minyak hitam. Walaupun kereta dalam keadaan stabil, tetapi ayah saya sangat risau sehingga mahu tukar minyak hitam yang baru dan bawak kete ke workshop dulu. Bukan itu sahaja, ayah turut  membekalkan sebatang kayu untuk digunakan jika berada dalam keadaan terpaksa.….. Itulah kasih sayang seorang bapak yang sentiasa mahu menjaga anak perempuannya dan mahu memastikan yang terbaik utk anaknya. . Kemudian singgah dirumah saya diTapah utk melepaskan lelah selepas mengharungi perjalanan dari Kuala Lumpur.Mak saya pulak sanggup balik awal daripada biasa utk bertemu dgn anak-anaknya dan membekalkan makanan..... Sanggup menggoreng, membeli makanan walaupun keletihan memandu sejam daripada teluk intan masih ada.... Itulah kasih sayang seorang ibu yang sentiasa mahu membahagiakan anak-anaknya dan prihatin..... Macam mana pulak kita nanti ? Apa yang kita akan lakukan utk membalas jasa ibu-bapa kita?.....Insyallah, kita pun akan sentiasa melakukan perkara terbaik.
Pada jam 7, baru saya meneruskan perjalanan  ke SMKA KERIAN dalam kepekatan malam dan suhu yang dingin mencucuk tulang –tulang kami semua. Namun, kami nikmati saat –saat itu…. Ketika sampai di simpang ke SMKA Kerian, saya terasa jauh sangat kerana  jalan nak ke SMKA x da lampu, kereta pun  x da . Rasa macam jauh berbenolah……

Masuk-masuk jer, LDK dalam kumpulan pun bermula … Alhamdulilah, saya ditempatkan dalam kumpulan 1 …… Sesi ta’aruf bermula , Nampak suci jer adik-adik….. Teringat dekat Fadhlina, adibah, azimah, ada, syuhada, …… Muka-muka suci produk smkak, semoga sentiasa berkekalan hendaknya.
Teringat perbualan bersama-sama adik-adik dan sesi sharing moment bersama mereka….. Saya kongsikan kepada mereka bagaimana saya bermula dan sehingga kini saya berada di UIAM menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang di tahun akhir.
Saya ceritakan kepada mereka bahawa kita kena ada matlamat dan usaha yang mantap untuk Berjaya….. Sejak Tingkatan satu saya sudah bercita-cita untuk menjadi lawyer @ peguam…. Selepas SPM, result saya biasa-biasa sahaja dan hanya dapat kelayakan yang minimum utk memasuki asasi law Uiam….. Disebabkan itu, saya gagal menyambung pelajaran ke matrikulasi uiam dalam bidang undang-undang….. Sebaliknya, sahabat-sahabat lain ada yang menyambung pelajaran ke Matrikulasi ,persediaan ke luar Negara, diploma ….. Namun saya tidak……. Saya katakan pada diri bahawa saya hanya mahu belajar undang-undang bukan kos lain. Jadi, saya membuat keputusan tidak akan meneruskan pelajaran di IPTS mahupun kolej-kolej swasta yang lain.
Jadi, saya membuat keputusan utk menyambung STPM sebelum saya dapat meneruskan perjalanan utk  menyambung ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang…… Alhamdulilah, dengan izin Allah saya dapat keputusan yang cemerlang dalam STPM sekaligus dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah dan pelajar terbaik STPM peringkat daerah.  Dulu waktu saya mula-mula masuk STPM, orang selalu cakap susahlah nak score dalam exam STPM ni sebab susahlah, macam-macam. Kuasa Allah, siapa tahukan…… Mungkin kita rasa benda tue tak baik untuk kita tetapi Allah maha tahu dan dia adalah sebaik-baik perancang dan dia Maha Besar.Kemudian, saya fikir nak sambung law kat um , x nak sambung dekat uiam sebab merajuk ….. Time SPM takdapat, buat rayuan pun xdapat.. Apabila isi borang UPU, Saya meletakkan um, ukm, uitm dan uum dahulu. Uiam yang terakhir walaupun pada mula-mulanya memang cita-cita saya nak sambung ijazah undang-undang di UIAM.
Namun, kuasa Allah menentukan segala-galanya dan Dia adalah sebaik perancang . Saya tergerak hati utk berjumpa dgn kaunselor saya dan selepas berbincang dengan beliau, dia berkata “kalau awak betul-betul minat nak sambung law kat uia, just teruskanlah mana tahu ada rezeki walaupun saya tahu kene bersaing dgn budak-budak matrik yg sudah sedia ada.
Alhamdulilah, dgn izin Allah, saya dapat menyambung pelajaran dalam bidang yang memang saya minati iaitu undang-undang di uiam Gombak bersama kembar saya…..Kuasa Allahkan, kalau DIA kata sekarang baru dapat masuk uia dan ambik law, sekaranglah…… Kun fa yakun-maka jadi,jadilah…….Jadi, saya nasihatkan adik-adik , kita kene kukuhkan keyakinan kita kepada ALLAH, dia maha kuasa…….. Mungkin kalau saya masuk uia lepas SPM, saya x bersedia lagi dan akan kantoi atau x boleh survive. Jadi, dia tangguhkan dahulu….. Itulah ,kita kene berusaha dan terus berdoa.Syukur, dgn rezeki tuhan saya dapat biasiswa JPA, dengan izin Allah saya x perlu bayar langsung apa-apa selepas habis belajar……. Ini semua kuasa Allah, kita sebagai hamba hanya perlu berusaha dan redha dengan takdir ILLAHI..Dia adalah sebaik-baik PERANCANG!.......
Pada  malam seterusnya, disamping LDK bersama group shieldtox @ group 1, saya sebagai facilitator diminta untuk bersama-sama dengan pelajar form 5 yang berminat utk ambik law selepas SPM. Pada mulanya , ada 3 org iaitu, Amirul , Sufi dan Adib……… Nampak mcm sikit, tapi soalan –soalan bertambah-tambah dari satu kedua dan sampai keberapa, saya pun x ingat dah…… Tapi mmg banyaklah, semangat betul adik-adik tue nak tahu.Antara soalan yang dikemukan ialah, Tentang pandangan negative orang terhadap tugas sebagai peguam?Dia org ckp jadi lawyer suka putar belitlah , dan mcm-macam…….. Saya katakan kepada mereka bahawa semua itu bergantung kepada niat anda????? Apa niat anda nak jadi lawyer?????? Adakah semata-mata kerana duit mahupun nak menegakkan kebenaran dan membela orang yang salah?????Yg penting pertama-tamanya betulkan niat dahulu……. Kemudian, saya kaitkan cerita pada zaman sahabat, sudah ada jawatan sebagai wakalah bi-al-khusumah, jadi profession peguam ini sudah diterima sejak zaman sahabat dan bukan benda baru…… 




Selain itu, saya mahu mereka merenung bahawa jika nak kata lawyer nie pembelit @ senang nak masuk neraka….. Kita lihat profession seorang cikgu sebagai contoh jika tidak mengajar betul-betul @ asyik ponteng kerja tanpa alas an yang kukuh juga dinamakan tidak amanah….. dan jalan keneraka juga terbuka luas. Begitu juga, jika seorang itu seorang engineer tetapi tidak memberi nasihat tentang bahan binaan yang baik utk membuat binaan juga kerana mahu makan untung sendiri juga memudahkan laluan ke neraka




……. Saya tegaskan kepada mereka bahawa setiap profession itu tidak ada yang salahnya tetapi bagaimana kita sebagai seorang muslim dan seorang pekerja bertindak….. Jika seorang muslim kita akan menjalankan amanah sebaik-baiknya kerana kita tahu bahawa setiap tindak –tanduk kita walaupun sekecil zarah akan ditanya oleh yang maha Esa……Dalam Surah AL-Zalzalah99:ayat 7-8,’Maka barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, niscaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarrah , niscaya dia akan melihat balasannya……..Jadi, semuanya akan dihintung walaupun sebesar zarrah…… 


Itue, saya katakana iman yang mantap perlu bagi memandu hati ,tindakan kita dijalan yang benar sentiasa. (Peringatan utk diri sendiri juga supaya menambah iman didada). Adik-adik yang mendengar semakin bertambah daripada 3 orang kepada 5 orang kemudian menjadi 7 orang dan akhirnya 10 orang…… Jam sudah menunjukkan jam 2 pagi tetapi soalan semakin bertambah-tambah….. Saya hargai soalan mereka tersebut namun masa tidak mengizinkan…….. Saya tutup slot sharing bersama mereka dengan sedikit perkongsian rohani semoga dapat diajadikan sebagai peringatan. 


Saya katakan kepada mereka bahawa”Kamu sebagai seorang lelaki, kamu akan menjadi pemimpin…. Seorang lelaki harus berani………. Saya tekankan sebagai seorang lelaki harus menghormati perempuan selayaknya”……. Jangan couple kerana kalau kamu couple , kamu tidak menghormati mereka tetapi membawa mereke selangkah keneraka. Kemudian, kalau kamu couple, satu titik hitam atau noda akan terpalit didalam hati kamu”…….Cahaya ilmu tidak akan masuk dalam hati org yg dipenuhi maksiat dan Allah tidak akan menolong mereka dan secara tidak langsung akan menyukar kamu untuk menerima ilmu dan mengingati segala ilmu yang disampaikan oleh cikgu kamu……..Jadilah lelaki yang baik dengan berpegang dengan ajaran islam sebenarnya…..adik-adik terkesima ….. Semoga mereka ambil ia sebagai nasihat seorang kakak terhadap adiknya….


Ukhwah terbina, diharapkan berkekalan kerana ALLAH.
Disamping menjadi fasilitator program,saya berkesempatan juga untuk bersama-sama sahabat-sahabat lama…….. Ukhwah terjalin kerana rasa nikmat bersama-sama, berkongsi cerita, bergurau senda, mengimbau kenanngan lama…… Dalam kereta dari tapah ke KL,bersama Syuhada dan Atiqa Zaaba……. Kemudian, sampai di sekolah disambut dengan karpet merah oleh sakina zurina…..Dia sampai call banyak kali, betapa concern dia dgn saya takut x sampai-sampai……. Sampai jer didewan bersama dengan atul…… Pada malam harinya , kami tidur 3 katil ,6 orang sambil berkongsi cerita dan bergurau senda…… Seronok bertemu sahabat lama…… Manisnya ukhwah, siap ada sharing moment daripada saya ttg kisah semasa….x boleh citer kat sini….. hehhe! Jam dah menunjuk pukul 1. 3o pagi, kemudian zalina, tipah, liyanti, fairuz, idut pulak sampai. Zalina membuka cerita membuatkan semuanya tertawa.…….. Bercerita…………..dan tertidur semua disebabkan keletihan ……
Keesokan harinya, bertemu dgn siti solehah dgn melin pula di dewan sekolah. Seronok berbual , berkongsi cerita…. Kemudian, kelip-kelip, fadzliyana dan wani pulak sampai.Keadaan bertambah meriah.Sahabat-sahabat lain juga seperti finaz, syeera, atishu,geng mimi dan sahabat-sahabat lelaki yang lain. alhamdulilah, pada kesempatan ini saya juga sempat belajar memandu kereta auto milik kina, belian mengajar saya dan percaya kepada saya sehingga saya pandai membawa kereta auto sehingga rasa gian……….Memori bersama di Taiping masih segar dalam ingatan , membeli hadiah……. Makan cendolllll bersama-sama……Kemudian, kamu semua fasilitator menghadiri kenduri kahwin sahabat lama, mimi…….. Seronok bukan kepalang…….. Jumpa cikgu raja, cikgu zahari, ust abu samah, sir hasbollllll. Boleh dikatakan reunion bekas pelajar smkak……..Semoga ukhwah kami berkekalan selama-lamanya…… Insyallah, dan adik-adik dapat manfaat daripada perkongsian kami……. Semoga apa yang disampaikan walaupun x seberapa menjadi saham kami diakhirat kelak sebagai menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada adik-adik…… Insyaallah.