Tuesday, October 25, 2011

'Peduli Somalia & Palestine'

Bismilahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. diucapkan kepada sahabat-sahabat pembaca......
Isu tentang Palestine dan Somalia ini terus terpaku diminda saya untuk dikongsikan selepas saya berkesempatan menghadiri talk Palestine & Somalia:What our responsibiliy semalam.Saya yakin dan percaya ramai diantara kita yang tahu apa yang berlaku di Somalia dan Palestine. Umat islam dibantai habis-habisan...
Bagaimana diceritakan sendiri Panelist pertama, anggota Haluan yang mengikuti misi ke Somalia bahawa kisah menyayat hati seorang wanita mengandung berjalan 400 km (10 hari) dalam cuaca 50 celcis ke Kem pelarian Dabab ,Kenya untuk meneruskan kelangsungan hidup......

Terdengar sendiri kisah itu sungguh menyentuh hati..Nikmat tuhan manakah yang kita dustakan? Kita di Malaysia hidup sungguh mewah dengan makanan, mereka disana kering sahaja badan..... Nikmat keamanan yang kadang-kadang kita lalai dan tidak gunakan sebaiknya.Tapi, masyallah, satu perkongsian daripada ahli Haluan tersebut dimana disana didirikan beberapa buah "Pondok Dugsi" di Kem pelarian untuk anak-anak kecil menghafal surah-surah. Apa yang mereka lakukuan , mereka hafal 4 ayat kemudian tulis diatas keping-keping papan@  kayu. Kemudian, selepas itu mereka padam tulis lagi 4 ayat. Ini menunjukkan bahawa mereka sanggup belajar walaupun dalam keadaan daif sekali... Peringatan buat diri kita yang lalai supaya terus rajin belajar, pergi kuliah kerana kita mudah untuk mendapatkan ilmu. Prasarana bilik kuliah yang lengkap , pengajian-pengajian yang banyak dikawasan university.

Sesi kedua pula diambil alih oleh Dr. Syed Muhammad Haleem Bin Syed Hasan Al-Hadah, anggota Haluan yang mengikuti misi ke Palestin. Persoalan pokok yang dilemparkan kepada audience ialah "Dari Mana Kita Datang"? ada yang mengatakan bahawa kita daripada nabi adam mahupun dari India disebabkan nabi adam diturunkan didunia..Tetapi jawapan yang diberikan adalah kita daripada "Syurga". Asal kita daripada syurga..... Tetapi adakah kita PASTI dan YAKIN bahawa kita akan kembali ke syurga?itu persoalan yang perlu dijawab oleh diri kita sendiri.... 

Beliau mengatakan bahawa kita perlu mengenal diri kita sendiri untuk kembali kepada ALLAH dengan qalbun salim. Namun, perancangan dakyah yahudi selepas kedatangan British yang menjajah kita, perkara yang dimain-mainkan dalam kepala bapa-bapa kita, Bila besar nak jadi apa? Cita-Cita anda apa? Itu hanya sebahagian kecil tujuan hidup kita. Tetapi yang utama dalam hidup kita adalah untuk menjadi hamba ALLAH DAN KHALIFAH ALLAH. 
Ini dinukilkan secara jelas dalam surah Ad-zariyat, ayat 56: Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.
Itu tanggungjawab kita......

Berbalik kepada kisah di Somalia & Palestin, mengapa harus kita peduli? Kerana mereka saudara seagama kita......Kita akan ditanya dihadapan Allah bahawa apa yang kita lakukan untuk membantu mereka. Allah tidak melihat natijahnya tetapi apa usaha yang kita lakukan untuk membantu Mereka ......Ini bertepatan dalam satu hadith yang disebutkan oleh panelist
"Tidak termasuk kita dalam golongan Islam Kalau Kita Tidak Mengambil Peduli Urusan Orang Islam yang Lain". 

Jadi, saya mengingatkan diri sendiri bahawa isu palestin dan somalia adalah isu umat yang perlu kita ambil peduli. Mungkin kita tidak mampu untuk membantu mereka secara direct dengan memberi bantuan tetapi kenapa tidak dengan  DOA untuk mereka dan bantuan kewangan yang kita mampu.......

Seterusnya, sebagai seorang anak muda dan pelajar khususnya, apa tindakan kita? Beliau mengatakan bahawa kita juga berperanan untuk menyumbang sesuatu dengan menjadi muslim yang sebenar-benar muslim....

Pelan Tindakan:
1) Membaiki diri sendiri dengan mempelajari ilmu agama
 -Natijahnya , kita tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yahudi
2)Mengajak orang lain kearah kebaikan
-Kita perlu berjemaah untuk menghasilkan masyarakat yang ada fikrah islam yang jelas.
3)Mengajak ahli keluarga kita........

Akhir Kalam,Ilmu Allah sangat luas... Kewajipan kita bukan setakat dibilik kuliah semata-mata Tetapi lebih daripada itu Kita perlu sentiasa untuk meningkat ilmu agama, ilmu kemasyarakatan dan ambil peduli tentang isu ummat.

Perjalanan Seorang Hamba Tuhan.Semoga ALLAH redha.......

Monday, August 29, 2011

"Amalan Sunat Di Malam Raya dan Hari Raya".

Assalamualaikum w.b.k., salam ramadhan , 29 Ramadhan 1432 H,Ramadhan terakhir untuk tahun ini...Persoalan yang bermain dibenak kita semua, mungkinkah kita akan menyambut diBulan Ramadhan???? Insyallah, jika diizinkan oleh Allah....... Aidil Fitri akan menjelang x sampai dalam beberapa jam sahaja ......... Disaat kita bergembira menyambut hari Raya Aidil fitri, jangan dilupa amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan menjelang malam raya dan pada pagi raya........ Perkongsian ini saya kongsikan dengan saudara-saudari sekalian daripada Kuliah Ustaz Fauzi di Balai Lintang, Tapah, Perak.

Pertama-tamanya Amalan Sunat di Malam Raya dikala mungkin kita semua kesibukan memasak rendang, ketupat dan sebagainya.
........ Kita terlupa akan keistimewaan malam hari raya, iaitu masa mustajab doa..

Hadith Nabi:
" Sesiapa yang menghidupkan malam hari raya fitrah dan qurba, tidak akan dimatikan hatinya ketika semua hati dimatikan".


Imam Syafie meriwayatkan dalam Kitab Al-Umm, 5 malam mustajab doa ialah:
1) Pada malam Jumaat
2)Pada malam Aidil Adha
3)Pada malam Aidil Fitri
4) Pada malam Nisfu Syaaban
5)Pada malam satu rejab.
Jadi, marilah sama-sama kita banyak berdoa pada malam raya...... Semoga doa kita dimakbulkan olehnya.

Zikir Malam Raya:
Subhanaallah wa bihamdih dibaca 300x........ Hadiah bagi orang yang meninggal dunia , dan kuburnya akan bercahaya apabila baca zikir tersebut..... Niatkan untuk saudara-saudara kita yang sudah meninggal dunia.

Selain itu, amalan dimalam raya juga ilah menyambut takbir dan memuji Allah.
Hadith Nabi:
"Kamu hiasilah hari raya dengan takbir , tahmid dan tahlil".

Manakala di Pagi Raya, kita disunatkan  untuk:

1) Mandi Hari Raya....
Imam Malik meriwayatkan:
"Sesungguhnya Ibnu Umar mando pada pagi hari raya sebelum solat".
-Sunnar menggunting, potong kuku...

2) Sunat berwangi-wangian
Hassan Bin Ali menceritakan Rasullah memerintahkan kami supaya memakai pakai pakaian yang elok dan wangian yang elok kami perolehi".

Ibn Qayyim meriwayatkan bahawa Nabi memakai pakaian yang paling cantik pada hari raya....... Jadi, marilah sama-sama kita meniatkan bahawa kita memakai pakaian baru untuk mengikut sunnah nabi utk mendapat ganjaran pahala.

3) Beramai-ramai menghadiri temoat solat hari raya...Solat sunat hari raya

4) Menikmati juadah sebelum solat sunat hari raya.

5) Mengucapkan  Taqabbalah allahu minna wa minkum


Semoga  dengan amalan sunat yang kita lakukakan ini akan menambahkan barakah dalan sambutan hari raya kita.Salam Aidilfitri untuk sahabat-sahabat semua...... Semoga Aidilfitri kali ini membawa dimensi baru kepada kita semua untuk menjadi muslim yang lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.

Wednesday, August 10, 2011

"Daripada "DIA" Kita Datang, Kepada 'DIA' Kita Kembali

Alhamdulilah, hari ini sudah masuk hari yang ke 10, kita menjalani ibadah puasa..... Syukur kehadrat ilahi kerana kita merupakan insan -insan yang bertuah diberikan ruang dan peluang untuk menghirup udara Ramadhan dan membuat amal soleh untuk menambah saham akhirat yang dividennya sangatlah tinggi dibulan yang mulia ini, Ramadhan Al-Kareem. Sedar tidak sedar kita akan memasuki fasa kedua dalam bulan Ramadhan iaitu fasa pengampunan.... Syukur.

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menziarahi saudara yang meninggal dunia pada ahad lepas, 6 Ramadhan..... Apabila diberitahu sahaja oleh mak saya nak melawat saudara yang meninggal dunia..... Dalam hati saya, saya doa Ya Allah, bagilah aku kesempatan masa untuk melihat proses jenazah dimandikan dan dikafankan.......

Dengan izin tuhan, saat saya sampai, proses memandikan jenazah baru sahaja bermula.... Walaupun kawasannya ditutup dengan kain dan hanya anak-anak allahyarham sahaja yang memenuhi tempat mandi, saya sendiri tidak melepaskan peluang........ Kerana apa? Tujuan nya hanya satu untuk mendapatkan bayangan visual secara jelas bahawa setiap yang hidup akan mati dan sebagai peringatan terhadap diri sendiri.......

Hati saya tersentuh , melihat bagaimana jenazah menutup mata tanpa sedar, tangan diatas perut seperti berdiri takbiratul ihram.......Jenazah sudah mati, tidak sedar langsung. Sanak-saudara yang  memandikan jenazah dimulakan dengan menuang air diatas badan jenazah. Kemudian, badan jenazah digosok -gosok sedikit dengan sabun.........Dalam hati, saya bermonolog saat ketika kita baru mencelikkan mata kedunia yang fana ini, kita tidak mengenal apa-apa..... Ibu@ bapa kita yang memandikan kita ..... Apabila, kita meninggal nanti , saudara-mara kita yang mandikan kita..... Kita tidak tahu apa-apa.......Itulah, kisahnya daripada DIA kita datang, Kepada DIA kita kembali, dan dalam tanah juga tempat tinggal kita.


Jadi, buat apalah kita nak sombong sangat dengan orang lain, kedekut, bakhil , asyik nak mengumpat orang dan mengata, x puas hati, hasad dengki, riak dengan amalan kita, kerana hidup hanya sementara. Dan hidup bukan nak menambakan hasad dalam henti membuat perkara-perkara mungkar tetapi merupakan hidup dan dunia merupakan alat untuk mendapat tempat yang tertinggi disisi Allah selepas kita dipanggil kembali. (Peringatan untuk diri sendiri).


Betullah kata-kata ulamak mahupun bijak pandai, kita perlu sentiasa menziarahi orang yang meninggal dunia supaya kita sentiasa ingat bahawa mati itu pasti tidak mengira usia...... Apa yang perlu, adakah amal-ibadat kita sudah cukup utk dipersembahkan dihadapan Tuhan kita nanti...... Itu persoalannya.

Jadi, dalam bulan Ramadhan yang mulia ini , marilah kita sama-sama menyatakan rasa syukur kepada ALLAH kerana masih diberi peluang untuk bertobat dan memohon keampunan dikala ramai saudara-saudara kita yang dijemput illahi sebelum sempat beramal ibadah dibulan mulia ini. Alhamdulilah.

Disamping itu, marilah kita rebut untuk membuat sebanyak mungkin saham @ pahala seperti bersedekah melalui wang ringgit, tenaga, kata-kata yang baik mahupun dalam bentuk penulisan...... Berzikir benda yang boleh dilakukan dimana-mana sahaja.... Membaca al-quran, menambah ilmu dengan mengikuti majlis-majlis ilmu samada di masjid mahupun secara maya diTV. Banyak rancangan menarik  dan bermanfaat yang boleh ditonton spt Tanyalah Ustaz ,tv9setiap hari jam 7-8, Ihya Ramadhan jam 4.30 ptg ditv 114 setiap hari, Reflection jam 11.30 di tvalhijrah setiap hari. Muqadimmah, jam 8-8.30, ditv9.Banyak lagi rancangan yang bermanfaat...... Selain itu, radio IKIM FM. yang banyak info -info islamik.

Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita sebagai turning point utk kita berubah menjadi muslim dan muslimah yang sejati.......Insyallah.

Perjalanan Seorang Hamba Tuhan..............
Semoga Allah Redha 

Friday, July 29, 2011

"Ramadhan Bersama Rasulullah"

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan Mulia, Ramadhan Al-Kareem tidak sampai dua hari..... Kita semakin hampir terhadap Ramadhan.... Semua umat islam menanti-nantikannya kerana mahu merasakan nikmat berpuasa dan berbuka dalam bulan yang mulia.... Tetapi persoalannya, adakah sekadar menahan lapar dan dahaga sudah cukup bagi kita? Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu melalui melalui pembacaab daripada buku Ramadhan Bersama Rasulullah karangan  Syaikh Muhammad Shalil Al-Utsaimin....Semoga dapat manfaatnya dan ingatan untuk diri sendiri juga.

Diantara kepentingan berpuasa adalah menjadi sebab diampuninya dosa-dosa dan dihapuskannya kesalahan..... Ini adalah matlamat muslimin dan muslimat semua untuk menghadap Allah dalam keadaan suci dan diredhai....

Rasullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan besar akan pahala, maka sungguh dia telah diampuni dosa-dosanya yang telah lampau........

Saya mengharapkan kita semua adalah insan yang tergolong dalam golongan orang yang berpuasa hanya utk mendapat keredhaan Allah dengan penuh keimanan. Insyallah......

Sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada hamba-Nya berbagai bentuk ibadah.... Namun, yang pasti ganjaran berlipat kali ganda dalam bulan Ramadhan ..... Semoga kita merebutnya dan menjadi orang yang beruntung.

Antara Amalan-amalan Nabi Muhammad di Bulan Ramadhan ialah:

1)Qiyammulail di Bulan Ramadhan
Hadith yang diriwayatkan oleh Aisya dalam Shahih Muslim , dimana ia berkata."Aku tidak pernah mengetahui bahawa Nabi pernah melakukuan shalat semalam suntuk hingga datangnya waktu pagi". Masyallah....

Rasulullah bersabda:
'Barangsiapa melakukan Qiyam(salat malam) di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, maka sungguh dia telah diampuni dosa-dosanya yang telah lamapau..(HR. Bukhari & Muslim)


2)Membaca Al-Qur'an
-Dalam bulan Ramadhan, Malaikat Jibrail mendatangi Nabi utk mendengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan untuk mendengar bacaanya dari Rasullah.Kemudian, pada tahun dimana beliau wafat, Jibrail datang kepada beliau dua kali dalam setahun utk keperluan yang sama untuk memantapkannya.


Rasullah bersabda:
"Bacalah Al-Quran , kerana sesungguhnya di hari kiamat ia akan datang untuk menolong (memberi syafaat) memberikan pertolongan kepada mereka yang gemar membacanaya. (HR. Muslim).


3) Adab Yang Sunnah dalam Puasa:


a)Bersahur
Rasullah bersabda:
"Laksanakanlah  makan sahur kerana didalam sahur itu terdapat berkah"(HR. Bukhari & Muslim).


b) Bersahur dengan kurma
Rasullah bersabda:
"Sebaik- baik sahur orang mukmin adalah dengan kurma".


c) Mempercepat waktu berbuka puasa
Rasullah bersabda:
'Manusia selalu akan berada dalam kebaikan  selama mereka menyegerakan berbuka puasa". ( HR Bukhari & Muslim).


d) Disunnahkan untuk berbuka dengan ruthab(kurma setengah masak).Ini didasarkan ucapan Anas r.a.
"Dahulu, Rasullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa ruthab sahaja sebelum melaksanakan solay. Namun , jika tidak ada ruthab, maka dengan kurma. Dan jika tidak ada kurma, maka beliau meminum beberapa teguk air". (HR. Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmidzi).

4) Bersedekah
Ibnu Abbas berkata ."Rasullah s.a.w adalah orang yang paling dermawan lagi jika beliau sudah masuk bulan Ramadhan yaitu ketika Malaikat Jibarail menemui dan mengajarkan Al-Quran kepada beliau.(HR. Bukhari & Muslim).


5)Berzikir dan Berdoa.
Rasullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga golongan manusia yang tidak akan ditolak doa mereka,(1) orang berpuasa sampai berbuka,(2) pemimpin yang adil, (3),doa orang yang teraniaya.Allah akan mengangkat doa mereka tinggi keatas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudia Dia berfirman,"Demi kemuliaan dan keagungan-ku, sungguh Aku akan menolongmu, walaupun setelah waktu yang lama".

Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terbaik untuk kita semua dengan pertambahan amal ibadah kita dan disertai dengan niat yang ikhlas. Insyallah.
 

Thursday, July 21, 2011

'Nilai Sebuah Telefon Bimbit @ Handphone"

Pada hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin di Hotel di Putrajaya ,Kuala Lumpur oleh sahabat lama mak saya.
Jadi, kami bertolak dari rumah kami ke Kuala Lumpur pada jam 3 petang kerana kenduri  bermula jam 8. 30 malam. Seperti biasa, sayalah berkhidmat sebagai pemandu keluarga secara tidak langsung......Seronok bertugas sebagai pemandu ini....hehe!

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah berhenti di Restoran Jejantas Sungai Buloh untuk solat asar. Kemudian, kami juga sempat menjamu selera  iaitu makan sate kajang.... Nak dijadikan cerita, semasa solat asar, saya meletakkan hp saya dihadapan tikar sejadah bersama-sama dengan beg telekung. Kebiasaannya saya akan meletakkan hp saya samada dalam beg mahupun tinggal sahaja dalam kereta...... Tetapi, disebabkan kelalaian saya, saya tertinggal hp saya di surau Restoran Jejantas Sungai Buloh.

Saya hanya menyedari kehilangan hp saya ketika saya sudah sampai dirumah saudara di Putrajaya... Setelah puas mencari dalam kereta, akhirnya saya menyedapkan diri saya , "xpelah, saya sedekah sahajalah hp tue kepada orang lain' walaupun dalam hati x sepenuhnya redha akan kehilangan hp saya..... Walaupun berkali-kali, saya cuba miskol hp saya, hanya voice mail yg kedengaran......Saya tidak mahu menyalahkan siapa-siapa, kerana disebabkan kelalaian diri saya juga hp saya hilang, x berhati-hati..... Tapi, apa nak kata, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Saya berlagak seperti biasa dan alhamdulillah, saya x memikirkan sangat tentang kehilangan hp tersebut kerana tidak mahu mengganggu mood di majlis perkahwinan.

Melalui peristiwa tersebut, apa yang saya nak katakan bahawa ialah Allah Maha Kuasa, kalau Dia kata akan jadi , maka jadilah. Kun fa ya kun. Dia maha menentukan segala-galanya. Hp boleh dikirakan sebagai harta kita, walaupun dikatakan bahawa harta kita, tetapi Allah boleh menghilangkannya dengan sekelip mata dengan kekuasaan Allah. Ini juga ujian dan cabaran terhadap saya kerana ini pertama kali kes kehilangan sesuatu yang berharga.... Namun, kuasa Allah menentukan segala-galanya. Ujian Allah datang dengan pelbagai cara, kehilangan hp juga satu ujian. Telah jelas dalam Al-Quran, bahawa orang beriman itu akan diuji utk melihat kesabaran kita apabila ditimpa musibah.


Telah dinukilkan secara jelas, bahawa ujian itu boleh didatangkan dengan pelbagai cara didalam Surah Al-Baqarah:

[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.



"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4) 

Bagaimana kita bereaksi apabila diuji? Adakah kita akan menyalahkan orang lain atau menyalahkan diri sendiri @  melihat hikmah disebaliknya?

 Pertama-tamanya ,Alhamdulilah saya masih mampu bersabar  dan tidak menyalahkan siapa-siapa pada ketika itu walaupun dalam hati hanya ALLAH yang tahu betapa saya rasa sebuah kehilangan.Sabar itu perlu kerana bahawa menunjukkan kita redha terhadap apa yang berlaku.Kalau kita  nak marah, nak mengamuk pun , itu tandanya kita marah kepada siapa?

Betullah kata orang bahawa apabila berada dihadapan mata kita, kita tak menghargainya sangat tetapi apabila berhadapan dengan sebuah kehilangan baru kita mengenal erti nikmat mempunyai hp. Aplikasinya sama, apabila kita mempunyai rakan, sahabat mahupun apa-apa yang baik, hargailah sebelum mereka tiada dihadapan mata kita....... 


Yang kedua-duanya, melalui peristiwa ini menujukkan bahawa Allah itu Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Menentukan Segala-galanya samada sekecil-kecil zarah mahupun sebesar atom...... Kita kena yakin dan percaya bahawa DIA yang Memberi dan DIA juga boleh mengambil sesuatu daripada kita kerana semuanya adalah pinjamana sahaja didunia ini.....


Yang ketiga-tiganya ,saya dapat merasakan bahawa satu petanda bahawa ALLAH mahu memberi pengajaran kepada saya supaya beringat-ingat diwaktu yang lain supaya lebih berhati-hati dan cermat...... Bagimana jika bukan hp yang hilang tetapi sesuatu yang lebih berharga dan bernilai...... Dengan peristiwa ini, bukan sahaja saya dapat mengambil pengajaran malah seluruh ahli keluarga saya lebih berhati-hati......


Yang keempatnya, ialah saya menganggap musibah didunia ini akan dibayar diakhirat kelak....... insyallah.


Yang kelimanya, saya dapat relatekan dengan artikel-artikel mahupun bercorak islamik yang saya baca bahawa harta sebanyak mana kita kumpul boleh hilang sekelip mata dengan kekuasaan Allah. Jadi,sedeqah itu penting untuk mendapat keredhaan Allah(peringatan utk diri sendiri jika diberi rezeki yang lebih dan banyak)... Tetapi ILMU berlainan, ilmu x akan hilang jika kita amalkan dan berkongsi dengan orang lain..... Orang yang berilmu sudah pasti dapat memandu dirinya kedalam jalan yang lurus dan kearah kebenaran Tetapi Orang yang Kaya harta tanpa ilmu BELUM TENTU selamat didunia mahupun diakhirat kerana tiada pengetahuan yang mendalam utk menggunakan harta demi mendapat keredhaan Allah.


Perjalanan Seorang Hamba Tuhan.
Semoga Allah Redha


 

Wednesday, July 13, 2011

" Wasiat Imam Syafie'-Pejuang Kebenaran

Imam Syafie nama yang tidak asing lagi kepada kita , umat Nabi Muhammad terutamanya yang tinggal di Malaysia..... Kita memegang mazhab syafie.... Kita mengikut ijtihad yang dilakukan oleh Ulamak terulung Imam Syafie samada dari segi solat, puasa, dan sebagainya.... Tapi persoalannya kita kenal atau pun tidak dengan sosok tubuh yang mulia dan dekat dengan Allah ini......Jika ditanya kepada anak-anak muda, remaja , pasti mereka menjawab tahu .... Dia Imam Syafie, kita berpegang kepada mazhabnya. Persoalannya, cukupkah setakat itu sahaja???? Tahukah kita apa wasiat-wasiat beliau?? perjuangan beliau?? Bagaimana beliau gigih menuntut ilmu dan bagaimana beliau sentiasa menghormati ibunya dan pendapat ibu beliau yang ditanya dahulu jika mahu bermusafir....... Persoalannya , tentu berbeza jika ditanya kepada remaja , siapa Siti Nurhaliza? Justien Bieber?Brad Pitt?Lady Gaga? Kump. Hujan, Nabil dan ramai lagi artis popular....... Bukan sahaja, tempat tinggal malahan apa minuman, makanan kegemaran, hobi, samada dah kahwin ke belum. Dah bercerai ke belum, kahwin kali berapa semuanya tahu..... Itu realiti pada era kini kerana anak-anak muda dimomokkan dengan dunia hiburan yang melampau-lampau.......

Justeru, dikesempatan ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang imam syafie, ulama ulung melalui pembacaan daripada novel sejarah islam karangan Abdul Latip Talib tentang sosok tubuh mulia ini... Semoga dapat manfaatnya...

Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Shafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Imam Syafie masih kanak-kanak.

Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah. Ada yang mengatakana pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah Khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari Bani Abbassiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran , dan beliau menghafal Al-Quran sejak berusia 9 tahun. Pada umur 10 tahun beliau telah menghafal  dan memahami kitab al-Muwattak yang ditulis Imam Malik.Beliau juga mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid Al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat......

Ini adalah serba sedikit latar-belakang Imam Syafie..... Jika mahu diceritakan satu persatu kronologi hidup beliau , terlampau panjang tetapi tidak rugi membaca buku tentang Imam Syafie... Melalui pembacaan ini, kita dapat menghayati dan menelusuri bagaimana beliau sanggup menuntut ilmu berbatu-batu kilometer hanya dengan menaiki unta dan menempuh perjalanan berbulan-bulan untuk berjumpa dengan orang alim dan menuntut ilmu.. Kecekalan beliau dan semangat menuntut ilmu itu perli dicontohi oleh semua lapisan masyarakat.

 Pesanan Imam Syafie yang perlu dihayati dan diikuti ialah:

1) Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang dunia dan akhirat.

2) Perbanyak menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3)Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4) Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Musibah yg datang menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah.... Oleh itu bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian itu adalah setinggi-tinggi erti syukur.

5) Apabila salah-seorang sahabat @ kerabat kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah utk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.

6)Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7)Kasihanilah anak yatim kerana Rasullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayanginya dan mengasihani anak yatim diakhirat.

8) Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu-bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka.Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan dosa-dosa kamu.

9)Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

10) Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat , ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

Friday, July 8, 2011

"Erti Sebuah Pengalaman"......

Orang selalu cakap atau berpandangan bahawa semakin tua seseorang mahupun semakin bertambah umurnya, semakin banyak pengalaman yang ada dalam diri seseorang...... Bak kata pepatah orang tua makan garam lebih daripada orang muda..... Itu pandangan mereka dan ada benarnya Tetapi bagi saya pengalaman itu dapat diperolehi daripada kehidupan kita sehari-harian dan bagaimana kita melihat sesuatu perkara.......

Bila bercerita tentang pengalaman saya teringat bagaimana kehidupan saya difirma guaman ini mengajar saya erti seorang muslim yang sebenarnya...... Bagaimana dengan situasi yang berbeza difirma guaman daripada suasana yang normal di universiti....... Itu satu peralihan dan saya katakan bahawa ia adalah pengalaman yang berharga....... Bagaimana kehidupan seorang pelajar sangat berbeza dengan kehidupan seorang pekerja.....

Jikalau dahalu , saya seorang pelajar hanya bertanggungjawab utk menyelesaikan amanah sebagai seorang pelajar iaitu menghantar assaignment, presentation , kuiz dan sebagainya..... Semuanya yg dilakukan utk mendapat keputusan terbaik utk diri sendiri..... Namun, situasinya berbeza apabila kita bergelar pekerja........ Kita diamanahkan utk melaksanakan tugas utk kepentingan firma kita...... Walaupun hanya berpraktikal, tetapi ia juga amanah..... Setiap pekerjaan itu perlu ditunaikan dengan amanah...... 
Secara syari'e nya amanah boleh didefinisikan sebagai menunaikan apa yang dipercayakan..... .: “Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian untuk menunaikan amanah-amanah kepada pemiliknya; dan apabila kalian menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kalian menetapkan hukum dengan adil.” (An-Nisa: 58).Jadi, adalah tanggungjawab seorang pekerja untuk menunaikan amanah utk melaksanakan pekerjaan yang diarahkan oleh majikan kita. Semoga saya tergolong dalam kategori orang-orang yang sudah menunaikan amanah........

Walaupun, saya mengakui pada mulanya saya agak kekok jika ia berkaitan dengan kerja-kerja teknikal...... 
Tetapi disini saya belajar,dan merupakan sebuah pengalaman yang tak dapat dilupakan..... Tanpa pengalaman, kita tidak akan tahu bagaimana mahu menghadapi situasi yang sama pada masa hadapan.

Situasi berbeza juga jika bertemu dengan orang yang beremosi tinggi mahupun kurang beradab........ Nampak macam normal tetapi tanpa kita sedar atau tidak sedar, sudah pasti Allah ada perancangannya supaya kita berkenalan dengan orang sebegitu..... Kita perlu berfikir secara positif bahawa setiap sesuatu yang terjadi mahupun berlaku ada hikmahnya.......Hikmahnya ialah kita boleh belajar sesuatu terhadap semua perkara yang kita lihat...... Justeru itu, kita kena sentiasa berfikiran positif dan melihat sesuatu perkara dengan pandangan dan sisi yang baik..... Kita kene percaya bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita......


Mungkin kita merasakan bahawa sesuatu perkara itu baik untuk kita Tetapi Allah maha mengetahui bahawa apa yang terbaik untuk kita... Dia yang menciptakan kita.  Jadi DIA adalah sebaik-baik perancang. 


Jadikan setiap derap langkah, titik perjalanan kita dari satu tempat ke tempat lain itu sebagai pedoman untuk menjadi lebih berjaya dari hari sebelumnya.. Semoga setiap pengalaman yang kita lalui itu menjadi kita lebih kuat sebagai seorang muslim dan mendekatkan diri seorang hamba kepada PenciptaNya......


Perjalanan Seorang Hamba Tuhan..........