Alhamdulilah, hari ini sudah masuk hari yang ke 10, kita menjalani ibadah puasa..... Syukur kehadrat ilahi kerana kita merupakan insan -insan yang bertuah diberikan ruang dan peluang untuk menghirup udara Ramadhan dan membuat amal soleh untuk menambah saham akhirat yang dividennya sangatlah tinggi dibulan yang mulia ini, Ramadhan Al-Kareem. Sedar tidak sedar kita akan memasuki fasa kedua dalam bulan Ramadhan iaitu fasa pengampunan.... Syukur.
Dikesempatan ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menziarahi saudara yang meninggal dunia pada ahad lepas, 6 Ramadhan..... Apabila diberitahu sahaja oleh mak saya nak melawat saudara yang meninggal dunia..... Dalam hati saya, saya doa Ya Allah, bagilah aku kesempatan masa untuk melihat proses jenazah dimandikan dan dikafankan.......
Dengan izin tuhan, saat saya sampai, proses memandikan jenazah baru sahaja bermula.... Walaupun kawasannya ditutup dengan kain dan hanya anak-anak allahyarham sahaja yang memenuhi tempat mandi, saya sendiri tidak melepaskan peluang........ Kerana apa? Tujuan nya hanya satu untuk mendapatkan bayangan visual secara jelas bahawa setiap yang hidup akan mati dan sebagai peringatan terhadap diri sendiri.......
Hati saya tersentuh , melihat bagaimana jenazah menutup mata tanpa sedar, tangan diatas perut seperti berdiri takbiratul ihram.......Jenazah sudah mati, tidak sedar langsung. Sanak-saudara yang memandikan jenazah dimulakan dengan menuang air diatas badan jenazah. Kemudian, badan jenazah digosok -gosok sedikit dengan sabun.........Dalam hati, saya bermonolog saat ketika kita baru mencelikkan mata kedunia yang fana ini, kita tidak mengenal apa-apa..... Ibu@ bapa kita yang memandikan kita ..... Apabila, kita meninggal nanti , saudara-mara kita yang mandikan kita..... Kita tidak tahu apa-apa.......Itulah, kisahnya daripada DIA kita datang, Kepada DIA kita kembali, dan dalam tanah juga tempat tinggal kita.
Jadi, buat apalah kita nak sombong sangat dengan orang lain, kedekut, bakhil , asyik nak mengumpat orang dan mengata, x puas hati, hasad dengki, riak dengan amalan kita, kerana hidup hanya sementara. Dan hidup bukan nak menambakan hasad dalam henti membuat perkara-perkara mungkar tetapi merupakan hidup dan dunia merupakan alat untuk mendapat tempat yang tertinggi disisi Allah selepas kita dipanggil kembali. (Peringatan untuk diri sendiri).
Betullah kata-kata ulamak mahupun bijak pandai, kita perlu sentiasa menziarahi orang yang meninggal dunia supaya kita sentiasa ingat bahawa mati itu pasti tidak mengira usia...... Apa yang perlu, adakah amal-ibadat kita sudah cukup utk dipersembahkan dihadapan Tuhan kita nanti...... Itu persoalannya.
Jadi, dalam bulan Ramadhan yang mulia ini , marilah kita sama-sama menyatakan rasa syukur kepada ALLAH kerana masih diberi peluang untuk bertobat dan memohon keampunan dikala ramai saudara-saudara kita yang dijemput illahi sebelum sempat beramal ibadah dibulan mulia ini. Alhamdulilah.
Disamping itu, marilah kita rebut untuk membuat sebanyak mungkin saham @ pahala seperti bersedekah melalui wang ringgit, tenaga, kata-kata yang baik mahupun dalam bentuk penulisan...... Berzikir benda yang boleh dilakukan dimana-mana sahaja.... Membaca al-quran, menambah ilmu dengan mengikuti majlis-majlis ilmu samada di masjid mahupun secara maya diTV. Banyak rancangan menarik dan bermanfaat yang boleh ditonton spt Tanyalah Ustaz ,tv9setiap hari jam 7-8, Ihya Ramadhan jam 4.30 ptg ditv 114 setiap hari, Reflection jam 11.30 di tvalhijrah setiap hari. Muqadimmah, jam 8-8.30, ditv9.Banyak lagi rancangan yang bermanfaat...... Selain itu, radio IKIM FM. yang banyak info -info islamik.
Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita sebagai turning point utk kita berubah menjadi muslim dan muslimah yang sejati.......Insyallah.
Perjalanan Seorang Hamba Tuhan..............
Semoga Allah Redha
No comments:
Post a Comment