Umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan Mulia, Ramadhan Al-Kareem tidak sampai dua hari..... Kita semakin hampir terhadap Ramadhan.... Semua umat islam menanti-nantikannya kerana mahu merasakan nikmat berpuasa dan berbuka dalam bulan yang mulia.... Tetapi persoalannya, adakah sekadar menahan lapar dan dahaga sudah cukup bagi kita? Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu melalui melalui pembacaab daripada buku Ramadhan Bersama Rasulullah karangan Syaikh Muhammad Shalil Al-Utsaimin....Semoga dapat manfaatnya dan ingatan untuk diri sendiri juga.
Diantara kepentingan berpuasa adalah menjadi sebab diampuninya dosa-dosa dan dihapuskannya kesalahan..... Ini adalah matlamat muslimin dan muslimat semua untuk menghadap Allah dalam keadaan suci dan diredhai....
Rasullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan besar akan pahala, maka sungguh dia telah diampuni dosa-dosanya yang telah lampau........
Saya mengharapkan kita semua adalah insan yang tergolong dalam golongan orang yang berpuasa hanya utk mendapat keredhaan Allah dengan penuh keimanan. Insyallah......
Sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada hamba-Nya berbagai bentuk ibadah.... Namun, yang pasti ganjaran berlipat kali ganda dalam bulan Ramadhan ..... Semoga kita merebutnya dan menjadi orang yang beruntung.
Antara Amalan-amalan Nabi Muhammad di Bulan Ramadhan ialah:
1)Qiyammulail di Bulan Ramadhan
Hadith yang diriwayatkan oleh Aisya dalam Shahih Muslim , dimana ia berkata."Aku tidak pernah mengetahui bahawa Nabi pernah melakukuan shalat semalam suntuk hingga datangnya waktu pagi". Masyallah....
Rasulullah bersabda:
'Barangsiapa melakukan Qiyam(salat malam) di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, maka sungguh dia telah diampuni dosa-dosanya yang telah lamapau..(HR. Bukhari & Muslim)
2)Membaca Al-Qur'an
-Dalam bulan Ramadhan, Malaikat Jibrail mendatangi Nabi utk mendengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan untuk mendengar bacaanya dari Rasullah.Kemudian, pada tahun dimana beliau wafat, Jibrail datang kepada beliau dua kali dalam setahun utk keperluan yang sama untuk memantapkannya.
Rasullah bersabda:
"Bacalah Al-Quran , kerana sesungguhnya di hari kiamat ia akan datang untuk menolong (memberi syafaat) memberikan pertolongan kepada mereka yang gemar membacanaya. (HR. Muslim).
3) Adab Yang Sunnah dalam Puasa:
a)Bersahur
Rasullah bersabda:
"Laksanakanlah makan sahur kerana didalam sahur itu terdapat berkah"(HR. Bukhari & Muslim).
b) Bersahur dengan kurma
Rasullah bersabda:
"Sebaik- baik sahur orang mukmin adalah dengan kurma".
c) Mempercepat waktu berbuka puasa
Rasullah bersabda:
'Manusia selalu akan berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka puasa". ( HR Bukhari & Muslim).
d) Disunnahkan untuk berbuka dengan ruthab(kurma setengah masak).Ini didasarkan ucapan Anas r.a.
"Dahulu, Rasullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa ruthab sahaja sebelum melaksanakan solay. Namun , jika tidak ada ruthab, maka dengan kurma. Dan jika tidak ada kurma, maka beliau meminum beberapa teguk air". (HR. Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmidzi).
4) Bersedekah
Ibnu Abbas berkata ."Rasullah s.a.w adalah orang yang paling dermawan lagi jika beliau sudah masuk bulan Ramadhan yaitu ketika Malaikat Jibarail menemui dan mengajarkan Al-Quran kepada beliau.(HR. Bukhari & Muslim).
5)Berzikir dan Berdoa.
Rasullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga golongan manusia yang tidak akan ditolak doa mereka,(1) orang berpuasa sampai berbuka,(2) pemimpin yang adil, (3),doa orang yang teraniaya.Allah akan mengangkat doa mereka tinggi keatas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudia Dia berfirman,"Demi kemuliaan dan keagungan-ku, sungguh Aku akan menolongmu, walaupun setelah waktu yang lama".
Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terbaik untuk kita semua dengan pertambahan amal ibadah kita dan disertai dengan niat yang ikhlas. Insyallah.
No comments:
Post a Comment