Tuesday, May 31, 2011
Firma Guaman Impian..........
Mengimbau cita-cita waktu kecil............ bila ditanya oleh cikgu, bila besar kamu nak jadi apa?? Tanpa berfikir panjang saya akan jawab nak jadi "lawyer" cikgu...... Tak tahu kenapa itu jawapan yang terkeluar daripada mulut saya.....Mungkin sebab saya suka bercakap atau terpengaruh dengan drama bersifat undang-undang..... mungkin.
Alhamdulilah, dengan izin tuhan saya berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Ahmad Ibrahim Kulliyah of law di UIAM........ Alhamdulilah, bumi UIAM ini mengajar saya erti kehidupan sebenar bukan sahaja ilmu bersifat dunia semata-mata malahan ilmu mengenal Pencipta Yang Maha Kuasa , Maha Besar dan Menentukan Segala-Galanya dalam kehidupan ini daripada sekecil-kecilnya sehinggalah yang Sebesar-besarnya. Pandangan saya dalam kehidupan telah berubah seratus peratus........ Saya berazam untuk menjadi lebih baik dari hari kehari untuk betul-betul mengenal pencipta........ Cita-cita saya untuk menjadi peguam bukan hanya sekadar satu profesion yang boleh dimegah-megah........ Tapi insyallah dengan izin Allah, saya ingin menggunakan medium undang-undang ini untuk menegakkan undang-undang demi maslahat ummat islam dan memartabatkan undang-undang ditempat islam ditempatNYA. Bukan boleh diperkotak-kotak sesuka hati. Ini kerana apa?????? Jika ditelusuri berita -berita sekarang mahupun yang lampau, terlampau ramai insan yang bergelar mahu menukar agama yang murni Islam kepada bukan Islam........ Apa undang-undang disebalik ini????????? Masih kabur, bukan sahaja dari segi enakmen malahan "jurisdiction", siapa yang ada kuasa.......Walaupun termaktub secara jelas dalam Artikel 3 Perlembagaan Malaysia tertulis bahawa Agama Islam adalah agama rasmi negara dan yang lain boleh mengamalkan agama lain secara bebas......... Tetapi isu ini pertukaran agama masih hangat.......... Jadi, saya menyeru diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang belajar undang-undang yang diberi kelebihan untuk berbuat sesuatu dengan undang-undang islam.
Alhamdulilah, dengan izin Allah, saya dapat merasai pengalaman bekerja sebenar sebagai seorang lawyer walaupun belum bergelar graduan undang-undang......... ini ekoran praktikal di firma guaman di Kuala Lumpur. Dengan sedikit pengalaman yang ada, saya terpanggil satu hari nanti untuk saya ada firma guaman sendiri yang bercorak Islamic...............
Apabila ditanyakan apakah konsep dekorasi rumah mahupun konsep dekorasi pejabat. Ramai yang memilih dekorasi ala-ala Bali, kontemprori moden malahan ala-ala Bollywood pun tidak ketinggalan jugak....... Persoalannya, kita sendiri pun ada keseniaan Islam sendiri jugak..... Jadi mengapa tidak memilih konsep bercirikan islam....... Bukan apa, dengan keseniaan islam ini, kita dapat secara tidak langsung merasai keindahan islam itu sendiri. Setiap orang ada citarasa sendiri , itu terpulang kepada Anda untuk menentukan apakah bentuk dekorasi yang sesuai tetapi bagi saya jika diberi peluang, kita yang menentukan sesuatu.
Pertama-tamanya bagi saya yang penting adalah dari segi dekorasi firma guaman itu sendiri harus berkonsepkan islamic. Iaitu perlu ada bahagian bekerja yang berbeza antara pekerja perempuan dan lelaki........ Jadi ini tidak akan memudahkan mereka bergaul secara terlampau bebas tanpa batasan syariat yang ditetapkan oleh islam. Oleh itu, harus ada blok yang mengasingkan antara pekerja lelaki dan perempuan. Ini tidak bermakna bahawa lelaki dan perempuan itu tidak boleh bergaul...... Sudah semestinya boleh , dan hanya perlu berurusan secara professional dalam urusan kerja dan tidak lebih daripada itu. Malangnya pada era moden itu, pergaulan antara suami orang dan isteri orang terlampau bebas sehinggakan ketempat tidur. Ini kerana apa??????? Ianya bermula daripada sembang-sembang biasa, gurau senda dan keluar makan berdua-duaan sehingga terjebak dengan skandal cinta ditempat kerja. Perkara seumpama inilah yang melumpuhkan institusi kekeluargaan dinegara ini dan tidak hairanlah jika banyak perceraian pada era ini yang melibatkan suami isteri yang bekerja. Jadi, i'tilat antara lelaki dan perempuan ditempat kerja perlu dijaga.Jadi, sebagai seorang majikan kita ada hak untuk menentukan tempat pekerja, jadi apa salahnya dijadikan seperti itu untuk menjaga keharmonian semua termasuk keindahan agama islam.
Yang keduanya, dari segi dekorasi dalam firma guaman itu sendiri. Saya berpendapat perlu paparkan keunikan Islam itu sendiri melalui ayat-ayat suci Al-Quran. Lebih molek kiranya dinding dalam firma guaman dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran untuk menambah berkat. Insyallah, dengan izin Allah jika semuanya mengikut syariat, sudah tentu rezeki kita pun akan lebih murah. Bukan itu sahaja, daripada pengalaman saya sendiri ketika berada difirma guaman dan premis-premis yang dipunyai oleh seorang muslim tetapi memasang lagu-lagu yang melalaikan, lagu yang membingit gegendang telinga kadang-kadang, lagu yang tidak mendatangkan manfaat. Jika saya seorang majikan atau pemilik firma guaman, saya akan memastikan bahawa lagu-lagu yang diputarkan dicorong-corong radio bersifat islamic spt memasang ayat suci al-quran, zikir-zikir munajat, istighfar mahupun lagu nasyid bercorak islamic, dan tidak lupa juga radio Ikim. Ini kerana apa, apabila kita mendengar lagu-lagu itu secara tidak langsung dapat mengingatkan kita kepada siapa Tuhan kita dan secara tidak langsung kita dapat berzikir sama, beristighfar sama, dan dapat menambah ilmu apabila kita mendengar siaran radio yang mendidik jiwa. Walaupun nampak siaran radio ini bersifat kecil, tetapi segala-galanya akan masuk dalam hati , jiwa kita apabila kita kerapkali mendengar lagu yang melalaikan. Tambahan pula, kita berada ditempat kerja lebih lama berbanding dirumah....iaitu dirumah hanya tempat melelapkan mata pada waktu malam . Insyallah dengan usaha kita yang nampak kecil ini akan menyebabkan Allah redha dengan kita kerana sentiasa mahu mengingatiNya dan lebih dimurahkan rezeki.
Yang Ketiga pula dari aspek ruang solat mahupun surau untuk kita beribadah dan menunaikan solat .Pengalaman ketika berada di Shopping Complex mahupun difirma guaman, ruang solat mahunpun surau berukuran sekangkang kera sahaja, sangat kecil....... Hanya boleh memuatkan 3 ataupun 4 orang sahaja dalam satu-satu masa. Saya berpandangan bahawa kita sepatutnya menyediakan ruangan solat yang lebih besar dan berhawa dingin. Satu persoalan bagaimana satu kawasan pejabat berhawa dingin tetapi di surau yang kecil itu tidak berhawa dingin... Sungguh bersifat diskriminasi bagi saya. Seharusnya, diruang solat harus lebih bersih, kemas, dan selesa kerana kita mahu menghadap tuhan. Itu pandangan saya sebagai seorang Hamba Tuhan. Jika kita menjaga Hak Allah, Allah akan menjaga kita. Jadi jika saya bergelar sebagai seorang majikan yang ada kuasa, saya berpandangan bahawa ruang solat harus kemas.
Bukan itu sahaja, saya melihat melalui pengalaman ketika berada di AIKOL, bahawa setiap hari jumaat ada kuliah mingguan bersama staf-staf di office Aikol. Melalui tazkirah mahupun kuliah mingguan akan meningkatkan pengetahuan seseorang dalam bidang agama dan secara tidak langsung akan mengajar seseorang bagaimana untuk menjadi mukmin professional yang boleh menyumbang kepada kemaslahatan ummat secara keseluruhannya. Justeru itu, jika saya mempunyai firmga guaman milik sendiri suatu hari nanti, saya akan memastikan bahawa ada sesi tazkirah mahupun kuliah bersama staff dipejabat . Bukan sahaja untuk menambah ilmu pengetahuan agama malahan dapat menggerakkan kearah berkeperibadian mulia , yang amanah, yang sejati . Justeru itu,semua akan berperanan mengikut amanah yang telah diberikan. Jadi, tidak ada istilah bahawa ada pekerja yang curi tulang atau tidak melakasanakan tugas dengan baik malahan yang lebih teruk sangant menyonglap duit majikan.... Ini semua berpunca kerana tiada pegangan agama yang kukuh. Jika iman didada mantap, tidak ada isu negatif yang akan timbul.
Yang Keempat,dari segi undang-undang mahupun peraturan difirma guaman. Namapun premis undang-undang, jadi saya berpendapat bahawa perlu ada peraturan-peraturan yang bersifat islamik untuk diikuti oleh para pekerja. Ini bukan untuk memaksa mahupun bersifat autokratik tetapi untuk memastikan bahawa setiap sesuatu berjalan mengikut landasan yang betul....... Jika kita lihat disekeliling kita, bahawa semuanya ada peraturan. Dijalan raya, ada peraturannya, tidak boleh memotong sesuka hati, hatta ditandas pun, ada peraturannnya tidak boleh membuang sampah sesuka hati. Justeru itu, saya berpendapat perlu ada undang-undang yang diadakan di sesebuah firma. Pertamanya, bagi saya daripada aspek aurat perempuan dan lelaki iaitu pekerja-pekerja harus menutup aurat ketika bekerja. Bagi wanita, tudung adalah wajib, berbaju kurung. Jika mahu memakai kemeja pun harus yang berlengan panjang. Saya perhatikan dipremis makanan seperti MCD mahupun KFC ada uniform khas yang harus diikuti jika bekerja disana. Jadi, kiranya tidak salah untuk pihak majikan menetapkan supaya setiap pekerja harus berpakaian menutup aurat. Bukannya memaksa memakai pakaian yang bercorak sama atau berbunga sama tetapi peraturan yan menepati syariat Islam iaitu menetapkan memakai pakaian yang menutup aurat.
Yang kelimanya pula ialah dari segi masa. Bagi saya ketika waktu solat, semua urusan harus diberhentikan bagi menghormati waktu solat dan membolehkan staff-staff solat diawal waktu. Hadith Nabi ada juga menyatakan bahawa solat yang paling disukai ialah laksanakan solat diawal waktu. Diwajibkan juga setiap staff termasuk saya sendiri mengerjakan solat secara berjemaah dan membaca al-mathurat selepas solat asar. Ini untuk mengeratkan silaturrahim antara staff dan berukhwwah dan sentiasa melakukan kearah kebaikan.Nampaknya macam mudah tetapi sukar dilaksanakan realitinya. Jika kita tinjau berada dipremis-premis kerajaan mahupun swasta , ketika waktu solat jarang kita nampak pekerja yang mengutamakan solat berbanding kerja mereka yang bersifat duniawi...... Justeru kalau bukan saya dan anda mahu menukar perubahan sistem sekarang kearah islamic , siapa lagi. Ini tanggungjawab kita terhadap ummah Islam.
Akhir kalam, perkongsian impian daripada bisikan hati nurani saya ini bukan bersifat mahu mengeji mahupun mengutuk mana-mana firma guaman mahupun premis-premis kerajaan dan swasta tetapi lebih kepada pandangan peribadi dan apa yang boleh diperbaiki . Dan saya juga bukanlah seorang yang syumul mahupun baik daripada segala segi tetapi saya hanyalah merupakan hamba tuhan yang lemah dan kurang segalanya tetapi saya yakin dan percaya jika ada keinginan , niat untuk mempunyai firma guaman yang bersifat islamic bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya untuk mendapat keridhaan Allah. Insyallah akan dimudahkan.
Perjalanan seorang Hamba Tuhan yang masih mencari cinta illahi.
Labels:
Cita-Cita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment