Tuesday, May 31, 2011
Solusi Kepada Masalah ??
Saya bukanlah alim ulama mahupun muslimah yang bergelar ustazah mahupun cendiakawan terulung yang memenangi hadiah novelis mahupun dikenali sebagai penulis terhebat... Tetapi melalui penulisan, ia merupakan satu medium untuk memperingatkan diri sendiri yang utamanya dan memberi manfaat kepada sahabat-sahabat yang sudi membaca artikel ini.... Semoga ada manfaatnya.
Persoalan yang kadang-kadang membelenggu diri saya dan saya yakin dan percaya bahawa Anda juga mungkin mengalami perasaan yang sama iaitu hati sentiasa dirundung masalah. Pelbagai masalah yang mungkin membelenggu diri seseorang.Sebagai contoh yang mudah apabila seseorang bercakap buruk tentang kita dan kita mengetahui hal tersebut daripada rakan yang lain, kita mudah terasa hati, bengang nak marah , berdendam , mahupun mengatakan siapa kamu, yang mahu berkata itu kepada kita. Jadi, hati kita tidak enak, tidak tenang, gelisah, api kemarahan meluap-luap, asyik memikirkan benda yang sama dan kadang-kadang sampai boleh menganggu lena kita. Persoalannya, adakah kita perlu memikirkan apa yang Orang lain kata kepada kita? Adakah neraca manusia menjadi ukuran kita????? Itu persoalannya....... Adakah dengan perasaan marah akan menyelesaikan masalah..Antara situasi berbeda yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita ialah apabila mungkin berlaku pergaduhan/perselisihan faham dengan kawan-kawan satu kuliah, rakan seperjabat, roomate mahupun dengan adik-beradik, kita cenderung untuk terasa hati, geram, tidak puas hati mahupun marah
Dalam satu aspek yang lain, mungkin kita diuji daripada segi wang ringgit dan pangkat....Misalannya, kita mengusahakan sesuatu bisnes mahupun memasarkan /menjual sesuatu produk tetapi tidak mendatangkan untung malahan tidak pulang modal pula. Ia juga dikira satu masalah yang membelenggu hati, jiwa seseorang itu.... Bagaimana kita melihat masalah. Adakah kita hendak menyalahkan Allah, pemberi segala rezeki. Mustahil! Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk diberikan kepada setiap insan.Jadi, apa solusinya?
Bukan itu sahaja, kadang-kadang kita mungkin pernah berasa terlampau penat dan stress dengan kehidupan yang melelahkan ini. Sebagai contoh, seorang pekerja difirma bermula kerja jam 9 pagi dan berakhir jam 6 petang , ditempat kerja sentiasa sibuk menguruskan kerja dan perasaan letih membelenggu diri kita. Justeru itu, rasa stress mahupun tension kadang-kadang menyeliputi perasaan kita. Kita tidak suka tetapi kita terpaksa pergi bekerja untuk melangsaikan amanah dan tanggungjawab sebagai pekerja. Bagaimana kita melihat perkara ini?
Sesetengah orang menganggap perkara ini sebagai masalah dan membawa tekanan dan memberi kesan kepada hidupnya. dia tidak gembira. Dalam satu bidang yang lain pula, seorang mahasiswa diIPTA /IPTS yang merupakan seorang pelajar dan aktif dengan dakwah kampus mahupun aktiviti organisasi yang lain...... Disebabkan jadual yang padat memberi kesan kepada resultnya...... Ini juga masalah dan memberi kesan kepada mental seseorang jika tidak ditangani dengan cara yang betul dan mengikut lunas-lunas Islam. Jadi apa solusinya?
Saya tidak nampak solusi yang lain melainkan daripada surah Ar-Ra'd, ayat 28: yaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang... Solusinya, apabila kita ditimpa masalah seperti yang tersebut, kita tidak akan jadi marah., kita akan beristighfar banyak-banyak..... Kerana apa, kita ingat kepada Pencipta kita, Rabb kita...... Jadi, perasaan marah akan bertukar kepada sabar dengan dugaan yang melanda........Tetapi untuk mengawal marah itu amat sukar(peringatan buat diri sendiri yang sukar menahan marah) dan saya tidak nafikan sama sekali...... Tetapi sudah jelas termaktub dalam kalam Allah bahawa dengan mengingati Allah hati kita menjadi tenang..
Apabila kita mengingati Allah, kita tidak akan merasa beban yang sangat berat. Tetapi kita akan menganggap segala-galanya adalah ujian dan dugaan......Saya teringat kata-kata seorang ustaz bahawa HIDUP INI ADALAH SATU UJIAN. Analogi yang diberinya sungguh mudah, kalau kita masuk dewan peperiksaan contoh CAC untuk ambik paper Land Law, kita tak akan bawak bantal mahupun Nasi Beriani. Kerana Apa? Kita didalam dewan peperiksaan , tengah ujian, x boleh nak makan dan tidur. Perkara yang sama juga harus kita adaptasi dalam kehidupan seharian kita. Sebagai seorang hamba , kita sering diuji...... Kita tidak boleh leka dengan banyak tido dan makan. Tapi kita harus menyediakan bekalan yang cukup untuk menghadapNYA diPadang Masyar nanti. Apa bekalannya? Sudah tentu dengan mengingatiNYa...Bagaimana MengingatiNYa? Sudah tentu dengan banyakkan amal ibadah kita kepadanya. Justeru itu, kita tidak akan cepat melatah(peringatan untuk diri sendiri) dan melenting jika ditimpa musibah atau masalah yang merungsingkan kepala otak kita .Ini Kerana apa????? Kita sentiasa mengingatiNYA dan kita tidak akan melakukan sesuatu yang Rabb kita tidak suka seperti marah, ada perasaan dendam, hasad dengki mahupun tidak bersyukur....... Kerana apa??? Sebab kita ingat Allah, Tuhan Pemilik Alam ini, kita yakin dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Solusinya nampak sungguh mudah iaitu dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang dan tenteram dan kita boleh hilangkan segala masalah. Cara mengingati Allah pula dengan melaksanakan ibadah kepadaNya seperi perbanyakkan solat sunnat, puasa, zakat, bagi sedekah, banyak berzikir, beristigfar, bermunajat dan sebagainya untuk menunjukkan bahawa kita ingat padanya.
Tetapi persoalannya untuk Anda, pembaca yang budiman dan diri saya yang kerdil ini, dalam satu hari berapa banyak kita ingat ALLAH? Adakah sekadar ketika ditikar sejadah? Adakah cukup sekadar itu?????(Pertanyaan untuk saya jugak yang sudah berusia 23 tahun, seberapa banyak saya Ingat Pencipta saya?)...Saya teringat lagi kata-kata ustaz saya, kalau baca AL-Qur'an x sempat kononnya walaupun masa semua orang sama iaitu 24 jam, perkara yang senang boleh dilakukan ialah dengan berzikir Allahuakbar, alhamdullilah, subhanallah, la illa ha illa allah dan lain-lain...... Kan mudah, ketika berjalan, tengah memandu, tengah baring, lepas makan , boleh zikir. Tetapi persoalannya , berapa banyakkah kita mengalunkan zikruallah dalam sehari(peringatan untuk diri sendiri jugak)?......Ustaz tersebut menambah lagi kalau jalan kaki daripada mahallah(asrama) kedewan kuliah, kalau berzikri boleh sampai 1000 kali. Namun, adakah kita rebut peluang ini.
Akhir kalam, saya menyeru diri saya seorang hamba tuhan yang masih dalam perjalanan untuk benar-benar mengenali penciptaNya dan Anda semua untuk sentiasa MengingatiNya jika ditimpa masalah...... Siapa lagi tempat mengadu yang terbaik kalau bukan Pencipta Kita, Rabb kita yang Maha mulia dan agung.
Labels:
Kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment