Kita dilahirkan dalam daripada perut seorang ibu, mak atau dipanggil umi.......
Dari sekecil-kecil bayi sehinggalah menjadi spt sekarang samada seorang mak, bapak, pelajar mahupun seorang anak kepada ibu-bapanya...... Tetapi pernahhka sekali kita duduk termenung bahawa kita ini hanya merupakan seorang HAMBA TUHAN yang lemah lagi hina. Sekaya manapun kita, setinggi manapun pangkat kita, sehandsome mana atau secantik manapun kita , sepandai mana pun kita, sekuat mana pun kita, sehebat mana pun kita. Kita adalah sebenarnya adalah seorang HAMBA TUHAN.Jika bukan dengan izin ALLAH, kita tidak akan lahir kedunia. Kita tidak akan merasa nikmat hidup bekeluarga, hidup bersama-sama dengan kawan-kawan kita, makan , minum, dan sebagainya.
Tetapi persoalannya pernahkah kita terpikir walau sejenak, seminit mahupun sesaat bahawa kita ini hamba tuhan?????? Pernahkah kita terpikir bahawa setiap yang ada pasti ada yang menciptakan ? Pernahkan kita terpikir?(Peringatan untuk diri saya sendiri)... Tetapi malangnya yang bernama manusia itu mudah lupa, tidak ingat........ Itu tidak dapat dinafikan..... Kita lihat hidup dizaman moden ini, kita hidup seperti kita tidak akan mati...... Kita hidup seperti kita akan hidup selama-lamanya. Kita tidak pernah berasa takut dengan azab tuhan...... Jika kita takut, kita tidak akan gembira tetapi akan menangis ..... Kerana Apa? Kerana dosa kita kepada Pencipta kita....... Jika dihitung berapa banyak dosa kita.
Kita tidak perlu melihat dosa-dosa besar. Sudah cukup jika kita pandang diri kita sendiri, semalam aku berkata apa? bersembang tentang apa? perkara baik ke buruk , mengumpat orang ke, mengata orang ke tidak????? Cuba kita ingat, ada tak dalam satu hari kita tak citer buruk mengenai orang lain, kawan kita, teman sekerja kita??? Ada x????? Tapi saya berani mengatakan disini bahawa mulut kita ini susah dijaga termasuk diri saya sendiri........Bagi kita mengata orang itu best, seronok, syok.. Tapi sedarkah kita mengumpat itu satu DOSA.......... Sedarkah kita sebagai hamba tuhan kita tidak boleh mengumpat kerana tuhan kita, ALLAH tidak suka kepada orang yang mengumpat. Sudah Jelas dan tertulis dalam KALAM ALLAH dalam surah AL-HUMAZAH, Ayat 1-4 maksudnya:
"Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela(1), Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya(2), dia(manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya(3), Sekali-kali tidak, pasti dia akan dilemparkan ke Neraka Hutamah(4).
Sudah jelas tertulis bahawa dosa seorang pengumpat bahawa, balasan kepada seorang pengumpat ialah akan dimasukkan kedalam neraka HUTAMAH.......... Tidak takutkah kita akan azab ALLAH.Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya dan diri sendiri, bahawa janganlag suka bercakap buruk tentang orang lain...... Siapa kita nak mengata orang? Kita ini Hamba Tuhan seperti manusia yang lain. Fitrah seorang hamba tuhan, hanya mkhluk kerdil dihadapan Pencipta. Tidak ada gunanya kita mengata...... Bukan menempah jalan ke syurga malah menempah jalan keneraka.
Itu situasi sebenar yang membelenggu kehidupan kita seharian....... Jadi, saya lontarkan persoalan yang sama kepada diri saya dan sahabat-sahabat seislam saya, pernahkah kita terpikir apakah tanggungjajwab kita kepada ALLAH, pencipta kita?Apakah tugas yang diamanahkan kepada kita???? Saya yang berusia 23 tahun ini, sering menanya-nanya dalam diri, apakah TUGAS SEORANG HAMBA TUHAN yang hakiki?????
Adakah sekadar solat, puasa, bayar zakat...... adakah sekadar itu sahaja?????
Solusinya, saya dapat dari surah AL-Dzariyat, ayat 56 ;" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadah Kepada-ku".
Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini ialah, sebagai Hamba Tuhan, tidak dapat tidak, Prioriti kita ialah beribadah kepada Allah. Kerana apa? kita adalah makhluk yang dicipta oleh Pencipta kita........ Bagi saya ibadah bukan hanya ditikar sejadah semata-mata tetapi Apa sahaja yang dilakukan niat kepada Allah adalah ibadah kepada Allah. Saya merenung diri sendiri sebagai seorang pelajar undang-undang dan sebagai seorang pekerja kerana tgh berpraktikal sekarang, tanggungjawab saya ialah belajar bersungguh-sungguh dan bekerja bersungguh-sungguh hanya kerana Allah. Itu juga ibadah jika diniat hanya keranaNYA.
Wasalam, seorang Hamba Tuhan............
No comments:
Post a Comment