Wednesday, July 13, 2011

" Wasiat Imam Syafie'-Pejuang Kebenaran

Imam Syafie nama yang tidak asing lagi kepada kita , umat Nabi Muhammad terutamanya yang tinggal di Malaysia..... Kita memegang mazhab syafie.... Kita mengikut ijtihad yang dilakukan oleh Ulamak terulung Imam Syafie samada dari segi solat, puasa, dan sebagainya.... Tapi persoalannya kita kenal atau pun tidak dengan sosok tubuh yang mulia dan dekat dengan Allah ini......Jika ditanya kepada anak-anak muda, remaja , pasti mereka menjawab tahu .... Dia Imam Syafie, kita berpegang kepada mazhabnya. Persoalannya, cukupkah setakat itu sahaja???? Tahukah kita apa wasiat-wasiat beliau?? perjuangan beliau?? Bagaimana beliau gigih menuntut ilmu dan bagaimana beliau sentiasa menghormati ibunya dan pendapat ibu beliau yang ditanya dahulu jika mahu bermusafir....... Persoalannya , tentu berbeza jika ditanya kepada remaja , siapa Siti Nurhaliza? Justien Bieber?Brad Pitt?Lady Gaga? Kump. Hujan, Nabil dan ramai lagi artis popular....... Bukan sahaja, tempat tinggal malahan apa minuman, makanan kegemaran, hobi, samada dah kahwin ke belum. Dah bercerai ke belum, kahwin kali berapa semuanya tahu..... Itu realiti pada era kini kerana anak-anak muda dimomokkan dengan dunia hiburan yang melampau-lampau.......

Justeru, dikesempatan ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang imam syafie, ulama ulung melalui pembacaan daripada novel sejarah islam karangan Abdul Latip Talib tentang sosok tubuh mulia ini... Semoga dapat manfaatnya...

Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Shafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Imam Syafie masih kanak-kanak.

Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah. Ada yang mengatakana pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah Khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari Bani Abbassiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran , dan beliau menghafal Al-Quran sejak berusia 9 tahun. Pada umur 10 tahun beliau telah menghafal  dan memahami kitab al-Muwattak yang ditulis Imam Malik.Beliau juga mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid Al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat......

Ini adalah serba sedikit latar-belakang Imam Syafie..... Jika mahu diceritakan satu persatu kronologi hidup beliau , terlampau panjang tetapi tidak rugi membaca buku tentang Imam Syafie... Melalui pembacaan ini, kita dapat menghayati dan menelusuri bagaimana beliau sanggup menuntut ilmu berbatu-batu kilometer hanya dengan menaiki unta dan menempuh perjalanan berbulan-bulan untuk berjumpa dengan orang alim dan menuntut ilmu.. Kecekalan beliau dan semangat menuntut ilmu itu perli dicontohi oleh semua lapisan masyarakat.

 Pesanan Imam Syafie yang perlu dihayati dan diikuti ialah:

1) Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang dunia dan akhirat.

2) Perbanyak menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3)Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4) Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Musibah yg datang menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah.... Oleh itu bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian itu adalah setinggi-tinggi erti syukur.

5) Apabila salah-seorang sahabat @ kerabat kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah utk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.

6)Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7)Kasihanilah anak yatim kerana Rasullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayanginya dan mengasihani anak yatim diakhirat.

8) Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu-bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka.Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan dosa-dosa kamu.

9)Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

10) Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat , ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

2 comments: