Thursday, July 21, 2011

'Nilai Sebuah Telefon Bimbit @ Handphone"

Pada hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin di Hotel di Putrajaya ,Kuala Lumpur oleh sahabat lama mak saya.
Jadi, kami bertolak dari rumah kami ke Kuala Lumpur pada jam 3 petang kerana kenduri  bermula jam 8. 30 malam. Seperti biasa, sayalah berkhidmat sebagai pemandu keluarga secara tidak langsung......Seronok bertugas sebagai pemandu ini....hehe!

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah berhenti di Restoran Jejantas Sungai Buloh untuk solat asar. Kemudian, kami juga sempat menjamu selera  iaitu makan sate kajang.... Nak dijadikan cerita, semasa solat asar, saya meletakkan hp saya dihadapan tikar sejadah bersama-sama dengan beg telekung. Kebiasaannya saya akan meletakkan hp saya samada dalam beg mahupun tinggal sahaja dalam kereta...... Tetapi, disebabkan kelalaian saya, saya tertinggal hp saya di surau Restoran Jejantas Sungai Buloh.

Saya hanya menyedari kehilangan hp saya ketika saya sudah sampai dirumah saudara di Putrajaya... Setelah puas mencari dalam kereta, akhirnya saya menyedapkan diri saya , "xpelah, saya sedekah sahajalah hp tue kepada orang lain' walaupun dalam hati x sepenuhnya redha akan kehilangan hp saya..... Walaupun berkali-kali, saya cuba miskol hp saya, hanya voice mail yg kedengaran......Saya tidak mahu menyalahkan siapa-siapa, kerana disebabkan kelalaian diri saya juga hp saya hilang, x berhati-hati..... Tapi, apa nak kata, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Saya berlagak seperti biasa dan alhamdulillah, saya x memikirkan sangat tentang kehilangan hp tersebut kerana tidak mahu mengganggu mood di majlis perkahwinan.

Melalui peristiwa tersebut, apa yang saya nak katakan bahawa ialah Allah Maha Kuasa, kalau Dia kata akan jadi , maka jadilah. Kun fa ya kun. Dia maha menentukan segala-galanya. Hp boleh dikirakan sebagai harta kita, walaupun dikatakan bahawa harta kita, tetapi Allah boleh menghilangkannya dengan sekelip mata dengan kekuasaan Allah. Ini juga ujian dan cabaran terhadap saya kerana ini pertama kali kes kehilangan sesuatu yang berharga.... Namun, kuasa Allah menentukan segala-galanya. Ujian Allah datang dengan pelbagai cara, kehilangan hp juga satu ujian. Telah jelas dalam Al-Quran, bahawa orang beriman itu akan diuji utk melihat kesabaran kita apabila ditimpa musibah.


Telah dinukilkan secara jelas, bahawa ujian itu boleh didatangkan dengan pelbagai cara didalam Surah Al-Baqarah:

[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.



"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4) 

Bagaimana kita bereaksi apabila diuji? Adakah kita akan menyalahkan orang lain atau menyalahkan diri sendiri @  melihat hikmah disebaliknya?

 Pertama-tamanya ,Alhamdulilah saya masih mampu bersabar  dan tidak menyalahkan siapa-siapa pada ketika itu walaupun dalam hati hanya ALLAH yang tahu betapa saya rasa sebuah kehilangan.Sabar itu perlu kerana bahawa menunjukkan kita redha terhadap apa yang berlaku.Kalau kita  nak marah, nak mengamuk pun , itu tandanya kita marah kepada siapa?

Betullah kata orang bahawa apabila berada dihadapan mata kita, kita tak menghargainya sangat tetapi apabila berhadapan dengan sebuah kehilangan baru kita mengenal erti nikmat mempunyai hp. Aplikasinya sama, apabila kita mempunyai rakan, sahabat mahupun apa-apa yang baik, hargailah sebelum mereka tiada dihadapan mata kita....... 


Yang kedua-duanya, melalui peristiwa ini menujukkan bahawa Allah itu Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Menentukan Segala-galanya samada sekecil-kecil zarah mahupun sebesar atom...... Kita kena yakin dan percaya bahawa DIA yang Memberi dan DIA juga boleh mengambil sesuatu daripada kita kerana semuanya adalah pinjamana sahaja didunia ini.....


Yang ketiga-tiganya ,saya dapat merasakan bahawa satu petanda bahawa ALLAH mahu memberi pengajaran kepada saya supaya beringat-ingat diwaktu yang lain supaya lebih berhati-hati dan cermat...... Bagimana jika bukan hp yang hilang tetapi sesuatu yang lebih berharga dan bernilai...... Dengan peristiwa ini, bukan sahaja saya dapat mengambil pengajaran malah seluruh ahli keluarga saya lebih berhati-hati......


Yang keempatnya, ialah saya menganggap musibah didunia ini akan dibayar diakhirat kelak....... insyallah.


Yang kelimanya, saya dapat relatekan dengan artikel-artikel mahupun bercorak islamik yang saya baca bahawa harta sebanyak mana kita kumpul boleh hilang sekelip mata dengan kekuasaan Allah. Jadi,sedeqah itu penting untuk mendapat keredhaan Allah(peringatan utk diri sendiri jika diberi rezeki yang lebih dan banyak)... Tetapi ILMU berlainan, ilmu x akan hilang jika kita amalkan dan berkongsi dengan orang lain..... Orang yang berilmu sudah pasti dapat memandu dirinya kedalam jalan yang lurus dan kearah kebenaran Tetapi Orang yang Kaya harta tanpa ilmu BELUM TENTU selamat didunia mahupun diakhirat kerana tiada pengetahuan yang mendalam utk menggunakan harta demi mendapat keredhaan Allah.


Perjalanan Seorang Hamba Tuhan.
Semoga Allah Redha


 

No comments:

Post a Comment