Thursday, June 2, 2011

Kelebihan Berpuasa di Bulan Rejab


Sedikit Perkongsian daripada ceramah Ustaz Mat Salleh dalam program Halaqah Muslimat di musolla ruqayyah di uia tentang kelebihan beramal di bulan Rejab, terutamanya berpuasa. Pada hari Jumaat bersamaan dengan 3 Jun 2011 @ khamis selepas maghrib pada 2 Jun 2011 bermulalah 1 rejab 1432 H........ Mari kita bersama-sama cuba menambah amal dibulan Allah, bulan barakah ini.Insyallah.

Hadith Nabi:
"Siapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadaNya, telah wajib hakmu kepadaKu, maka mintaklah olehmu kepadaku ketinggian dan kebesaranmu terhadapku,Engkau adalah jiranku dibawah arasyku. Tiada dinding diantaraku dan diantaramu".

Melalui hadith tersebut, dapat difahami betapa besarnya fadilat apabila puasa sebulan dibulan Rejab....... .


Hadith:
"Hendaklah kamu memuliakan Bulan Rejab, Nescaya Allah akan memuliakanmu"

Hadith:
"
"Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT

Hadith:
"Puasa 4 hari di Bulan Rejab, dipalingkan daripada bala-bala penyakit dan fitnah dajjal".

Hadith:
"Puasa 5 hari , aman daripada azab kubur".

Hadith:
"Puasa 6 hari, apabila keluar daripada kubur, bercahaya mukanya".

Hadith:
"Puasa 7 hari, ditutup daripadanya 7 pintu neraka".

Hadith:
"Puasa 8 hari, dibuka baginya 8pintu syurga".

Hadith:
"Puasa 9 hari, keluar daripada kubur dan dia menyeru la illa ha illa allah".

Hadith:
"Puasa 10 hari, Allah bagi hamparan dititian sirat."

Hadith:
"Puasa 16 hari, dapat melihat wajah Allah dalam syurga".

Hadith:
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dbina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai nabi ibrahim".

Hadith:
"Puasa 20 hari pada bulan rejab, diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu"

Tidak lupa juga khamis malam jumaat pada hari ini merupakan hari mustajab doa pada1 rejab. Jom, kita rebut peluang untuk memperbanyakkan doa kita pada hari ini.

Akhir kalam, saya menyeru diri sendiri dan sahabat-sahabat pembaca untuk cuba menambah amal dan berpuasa dibulan Rejab yang mulia yang kadang-kadang kita terlupa mahupun terlepas pandang.

Wasalam...... Semoga Allah redha.

2 comments: