Satu perkongsian dari saya melalui satu usrah yang saya ikut baru-baru ini tentang maksiat.....
Perkataan maksiat adalah perkataan biasa yang kita dengar sama ada dalam ceramah agama mahupun daripada mulut sesiapa sahaja.......Maksiat boleh diertikan sebagai dosa-dosa tidak kira samada dosa besar mahupun dosa kecil. Tapi, persoalannya adakah kita sedar atau pun tidak apa yang kita lakukan adalah berbentuk maksiat mahupun tidak?
Maksiat? apa dia? Mengumpat itu maksiat tetapi kalau org dah biasa mengumpat,dia x rasa itu satu maksiat.Termasuk juga bercakap bohong itu maksiat, menipu itu maksiat, tapi kalau dah biasa menipu , berbohong , ia tidak akan merasakan bahawa itu satu maksiat,menonton bahan video lucah itu maksiat, couple itu maksiat..........Orang beriman nampak dosa kecil yang dilakukan seperti sebuah gunung manakala orang yang kurang tahap imannya akan menganggap ia seperti nyamuk yang hinggap dihidung yang hanya boleh dihalau sahaja.
Jadi, disini saya ingin kongsi sedikit apa punca-punca maksiat?
1) Terikat hati selain Allah
Maknanya tidak meletakkan Allah sebagai pedoman hidup kita. Kita hanya merasakan Allah itu tuhan tetapi tahap keyakinan kita bahawa ALLAH itu adalah pemilik Alam ini dan penentu segalanya tidak terkesan dalam hati kita. Kita tidak yakin........... Jika hati kita terikat kepada Allah, kita akan rasa takut untuk melakukan maksiat.
2)Mengikut Potensi Marah
Kes dendam mahupun amarah yang memuncak dalam diri dengan iman yang rendah akan menyebabkan kita mudah untuk melakukan maksiat.Sebagai contoh, jika kita terasa terlampau marah dengan seseorang mungkin kita akan sampai sanggup membunuh orang itu atau mengata orang tersebut.
3)Mengikut Hasrat /Syahwat
Jika hati kita bertopengkan syahwat mahupun hawa nafsu yang kuat membelenggu diri kita, manusia mudah tergerak hati untuk melakukan maksiat.Sebagai contoh yang mudah sebagai seorang muslimah atau seorang perempuan yang belum berkahwin atau bergelar anak dara seharusnya pandai menjaga tingkah laku, perbuatan dan kata-kata. Tidak seharusnya menggedik-gedik mahupun berpacaran. Peringatan untuk diri saya sendiri juga.
Jika ,punca -punca maksiat telah dikenal pasti, apakah kesan-kesan yang boleh berlaku jika kegiatan maksiat ini berleluasa dilakukan. Ini adalah isu penting kerana jika kita mengetahui kesan-kesannya. kita tidak akan tergerak hati untuk melakukan maksiat.
Antara kesan-kesannya ialah:
1) Manusia akan lalai dan keras hati.
Hati keras seperti batu dan kita tidak akan sensitif dengan keadaan semasa dan apa yang berlaku disekeliling kita.Astagfiruallah al-azim, semoga hati kita tidak menjadi keras seperti itu sehingga tidak dapat membezakan apa yang baik dan buruk.
2)Terhalang daripada ilmu dan rezeki.
-Seorang hamba diharamkan mendapatkan rezeki dan ilmu kerana dosa yang dilakukan.
Hadith riwayat Ibn Majah:
" Ilmu itu cahaya. Ilmu tidak akan masuk dalam hati yang membuat maksiat".
-Jadinya,sebagai contoh seorang pelajar tidak dapat memahami detail tentang apa yang kita pelajaran dan agak sukar untuk mengingatinya apa yang dipelajari. Mungkin secara sedar atau tidak sedar ,kita telah melakukan perbuatan yang berbentuk maksiat. Justeru itu, kita seharusnya dari sehari untuk mengurangkan perbuatan maksiat tersebut samada dari segi maksiat mata, mulut, percakapan mahupun perbuatan. Namun, yang lebih baik lagi kalau boleh hapuskan terus.
3)Kematian Hati dan kegelapan diwajahnya
Bila hati mati apa akan jadi???? Boleh kita bayangkan, manusia tanpa hati yang suci lagi murni. Hati yang akan menggerakkan organ badan kita untuk bekerja dan menjadi pemandu dalam perjuangan hidup kita untuk menuju RABB. Jika kita kematian hati , kita tidak akan mudah sensitif jika melakukan maksiat. Nauzubillah min zalik.
4) Hilangnya nikmat Allah(Nikmat pertolongan daripada Allah).
Cuba kita bayangkan jika kita asyik buat salah terhadap ibu-bapa kita mahupun dengan rakan-rakan kita. Sebagai contoh , kita asyik berbohong, menipu mereka, mencuri duit mereka malahan kita tidak dengar cakap mereka. Mereka akan marah dan terbuku perasaan dalam hati jika kita tidak meminta maaf. Perkara yang sama juga boleh diaplikasikan antara hubungan seorang hamba tuhan dengan Rabbnya. Jika kita asyik buat maksiat terhadap Rabb kita tanpa bertaubat terhadap mereka, bagaimana mungkin Rabb kita mahu menolong kita dan memberi nikmat kepada kita. Justeru itu, saya mengharapkan bahawa kita semua jangan bagi Allah tidak beri nikmat kepada kita.
Umar Al-Khattab mewasiatkan:
"Dosa yang dilakukan oleh umat Islam lebih aku takutkan daripada bilangan tentera Islam".
Ini kerana apa, jika kita beriman kepada Allah, Allah akan tolong kita dan sebaliknya.
Semoga kita dipermudahkan dalam segala urusan dan dikuatkan hati untuk menjauhkan diri daripada melakukan maksiat.
No comments:
Post a Comment