Monday, June 27, 2011

"Meniti Jalan Ke Syurga"



Wahai orang yang tujuan utama dalam hidupnya untuk meraih kebahagian , ingatlah bahawa
tidak ada kebahagiaan yang sempurna didunia ini. Kekayaan tidak akan memberi kepuasan,
cinta juga tidak akan selamanya memberi ketenangan. Harta yang melimpah pada akhirnya akan menyisakan kelelahan, permasalahan yang terjadi dalam rumah tangga tidak bisa dihindarkan dan persahabatan juga bisa menjadi permusuhan.Lantas dimanakah kebahagiaan yang sebenarnya? Tidak ada kebahagiaan yang hakiki kecuali di syurga. Kebahagiaan yang menyeluruh, kenikmatan yang hakiki dan kesenangan yang sempurna hanya dapat dirasakan disyurga bukan didunia.

Saat anda masuk Syurga, maka anda mendapat jaminan empat hal yang selama hidup didunia ini menjadi permasalahan besar bagi umat manusia: segala permasalahan dan kekhawtiran menghantui yang menghantui Anda merasa takut dan sedih didunia ini dihilangkan saat Anda mengayunkan langkah kaki anda menuju pintu syurga. Lantas apa ke empat hal tersebut?. Keempat jaminan itu adalah:

1)Jaminan kesihatan yang abadi tanpa pernah merasa sakit lagi....
(Jika didunia ini, kita asyik mengeluh jika pening kepala sedikit, demam).

2)Jaminan kehidupan yang abadi tanpa pernah mati lagi.

3)Jaminan tetap muda tanpa pernah merasakan tua lagi sehingga anda tetap energik untuk waktu yang tidak terbatas.
(Jika didunia ini, jika ada kedutan dimuka sudah risau sehingga sanggup menggunakan botox mahupun melakukan pembedahan plastik).

4)Jaminan kebahagiaan yang abadi tanpa ada penderitaan lagi,


Surah Az-Zumar(39:73): Kesejahteraan dilimpahkan keatasmu, berbahagialah kamu!maka masuklah syurga ini sedang kamu kekal di dalamnya".

Bagi anda yang ingin menggapai kedamaian hidup, bacalah buku Menuju Jalan Ke Syurga daripada AMRU KHALID. Sungguh menyentuh perasaan dan dapat menuntun hati kita kesyurga dengan mengenal pencipta kita sebenar-benarnya.

2 comments: