Thursday, June 23, 2011
"Mati Itu Semakin Hampir"
Perkongsian daripada pengajian di Halaqah Muslimah.......
Kata-kata, hadith nabi tentang kematian...........
1)Saidina Umar berkata :
"Hitunglah diri kamu sebelum diri kamu dihitungkan".....
2)Hadith Nabi :
"Siapa yang kejar Akhirat, mesti menjejaskan dunia kita'. Siapa yang kerja dunia akan terjejaslah akhiratnya". Maka, rebutlah yang kekal daripada yang binasa.
3) Aisyah tanya Nabi:
"Ada tidak orang yang dibangkitkan bersama-sama dengan orang yang mati syahid?. Nabi menjawaba,"Sesiapa yang ingat mati dalam satu hari satu malam sebanyak 20 kali akan dibangkitkan bersama dengan para syuhada".....
Masya allah, dibangkitkan dengan para syuhada........... Sesuatu yang besar kerana jalan keSyurga dipermudahkan
4)Hadith Nabi:
Manusia mana paling cerdik dan paling mulia ya Rasullallah". Nabi menjawab" Orang yang paling banyak mengingati mati dan paling hebat persediaannya.Mereka itulah orang-orang yang cerdik,".
5) Doa sahabat nabi, Huzaifah:
"Ya Allah, sesungguhnya kamu tahu aku lebih suka kepada kemiskinan daripada kekayaan.Lebih suka sakit daripada sihat.Lebih sukai kematian daripada hidup".
6)Khalid Al-Walid berkata kepada Ketua Tentera Kafir:
"Bahawa tentera aku lebih suka kepada kematian seperti mana kamu yang suka minum arak".
Jadi, saya suka merenung diri sendiri dan menyeru kepada semua para pembaca, berapa kali dalam sehari kita mengingati mati????? Pernah atau tidak dalam fikiran kita merenung, berfikir bahawa kita akan mati suatu hari nanti. Hatta sesaat selepas inipun, belum pasti bahawa kita akan terus menghirup udara segar dibumi Allah ini..
Cara hidup kita didunia ini melambangkan kita akan mati ataupun tidak?????? Adakah hidup seperti kita tidak akan mati??????? Mengapa pentingnya mengingati mati itu??Kerana apabila kita mengingati bahawa mati itu semakin hampir, kita akan menyediakan bekalan-bekalan untuk menemui pencipta. Analoginya sungguh mudah seperti kita mahu menduduki peperiksaan awam,kita akan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menduduki peperiksaan.Jadi, marilah kita sama-sama mengingati mati dalam setiap relung kehidupan. Saya teringat kata-kata seorang motivator bahawa, setiap langkah kita dalam kehiduopan akan menghampiri mati.........Cuma kita yang perlu menyediakan bekal.....
Perjalanan Hamba Tuhan..........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment